MARI MEMASAK : SAMBAL TUMIS OCTOPUS (Bukan Optimus Prime hehe..)

Entah di mana yang tidak kena, blog saya kejap boleh log in, kejap tidak boleh log in. Sudahnya, tiada entri untuk semalam. Jutaan maaf kepada yang ternanti-nanti, tertanya-tanya, kenapalah greenappleku tiada entri terbaru (perasan, macamlah best sangat blog picisan ni..huhu) 

Untuk menghilangkan tension dan rasa terkilan tidak dapat up date blog, saya mengambil keputusan pergi bermain layang-layang di tepi pantai. Bertemankan angin yang sepoi-sepoi bahasa, hilang tension melihat layang-layangku terbang tinggi! (Cuba bayangkan..)

Cuti hujung minggu ditambah dengan cuti sekolah, kepada yang tengah tension mencari menu apa nak masak lunch time nanti, berikut adalah resepi yang telah saya copy dari blog rakan sekolah saya MyLady. 

Walaupun saya tidak suka makan sotong ( kalau sotong celup tepung, sedap gak saya meratah. Tak sedar sepinggan dah habis. Pelik betul.) tapi bila Mylady gunakan nama OCTOPUS dalam menu sambal tumisnya, telah berjaya menarik perhatian saya untuk membaca artikelnya sebab nama tu mirip kepada OPTIMUS PRIME. ( sabar menanti filem terbaru Transformer woha..) 

Berikut adalah resepinya. Boleh di masak untuk memikat hati suami, hati isteri (orang lelaki pun ada yang pandai masak wei..) hati mak mertua, hati bakal mak mertua ataupun masak untuk di makan oleh diri sendiri. Kalau resepi anda tidak menjadi, jangan salahkan saya. Korang pergi komen kat tuan blog yer..



SAMBAL TUMIS OCTOPUS (resepi ibunda)

Bahan-bahan

Octopus yang dah dicuci dan di potong2
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Belacan sikit
sos tiram sikit
Cili kering 10 tangkai
*kisar bahan2 diatas (kecuali octopus tu jangan kisar ek)
Air asam jawa
Garam/Gula


1. Rebus octopus sekejap...agak2 separuh masak.
2. Masukkan minyak dalam kuali, tumis bawang putih seulas...dah naik bau, masukkan bahan2 kisar diatas
3. Masukkan sos tiram, gula & garam secukup rasa, bila cili kisar dah masak betul (warna dia tukar ke warna merah gelap sket), masukkan air asam secukup rasa.
4. Bila sambal tumis dah secukup rasa, masukkan octopus (sejat dulu ye, air rebusan dia buang) yang direbus tadi
5. Tunggu sampai mendidih sebentar untuk biarkan octopus fully masak, kemudian sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba...:-)


14 ulasan:

  1. Patut la semalam mylady dok refresh page banyak kali, naper la blog GA takde new entry..rupa2nya gi main layang2 ek..tapi, memang best main layang2 di pantai..fikiran rasa tenang tengok layang2 tu terbang makin tinggi di udara..

    Anyway, thanks for promoting sambal tumis optimus prime mylady..hahahaha.

    BalasPadam
  2. as salam..
    hehe..sebab tu pentingnya ada blog lain selain dari servis yang google tawarkan =)

    boleh cuba wordpress atau livejournal.
    kalau gemar melukis, elok kat thumblr

    :)

    sotong! wah! suka!
    kat kuala perlis makan sotong goreng tepung. yum2


    ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    cuma nak tanya..

    apa yang menyebabkan perempuan menangis? perlukan bantuan~

    terima kasih..huhu~ =)

    BalasPadam
  3. kalau tukar octopus prime tu jadi chicken, ley kan?? hehe.. sbb tim tak ley makan seafood. huhu

    BalasPadam
  4. @ Mylady, andainya daku dpt terbang melayang seperti layang-layang itu..huhu..(sewel ker per nak melayang cam layang-layang..)

    BalasPadam
  5. @ berkata, apa yg menyebabkan perempuan menangis? mata terkena cili semasa nak masak sambal tumis..hehe..

    BalasPadam
  6. @ Black roses, black is one of my fav. colour dan ayam goreng masak sambal tumis tu pun is one of my fav. food. huhu..

    BalasPadam
  7. Nyummyyy...

    Sutun hendaklah dimasak dengan kadar skejap jee...yer puan-puann...

    Nnt kalu lama, takut lembekk, tak sdap u... haa... tak kuaser, sutun..

    Kalu sotong tu ada 'teloq'..perghh lagi bestt...

    ASCA

    BalasPadam
  8. salam kak

    memang sodap ni...dah tengah lapar terbayang2 pulak.hehe

    cuti sem ni nak belajar masak, mungkin resipi kena try juga ni =)

    BalasPadam
  9. hehehe.. nak try la resepi ni.. tp octpus tu xde plk.. :P

    BalasPadam
  10. @ ASCA, oooo nama lain sotong tu, sutun ker?Sedap gak nama tu. Tapi saya cuma suka makan sutun goreng celup tepung jer. Sutun lain saya tak layan. hehe..tq sebab komen.

    Hingga ke hari ini saya masih belum dapat terjah blog awak. Letaklah link.

    BalasPadam
  11. @ Azhan, selamat memasak nanti yer. Jgn lupa buat jus epal hijau sekali. Nanti buatlah entri, boleh kak gi komen..(nak tgkmenjadi ker tak awak masak ..hehe..)

    BalasPadam
  12. @ kotak bulat, nanti kalau dah jumpa octopus baru kita mulakan misi memasak. hehe..tq for komen n follow yer.

    BalasPadam
  13. Cer cipta resipi Sambal Tumis Optimus pulak. Hehe...

    BalasPadam
  14. @ logo, kalau saya cipta resepi tu alamat takder lah lagi watak optimus prime tu dalam mana-mana filem transformer. hehe..

    TQ FOR KOMEN LOGO..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!