Salam ceria buat semua yang sudi singgah di blog picisan saya ini. Ada sesiapa yang telah berjaya menawan gunung kinabalu? Selain dari rasa penat dan sakit-sakit satu badan, apakah lagi yang anda rasa setelah anda berjaya sampai ke puncak gunung kinabalu ? Cer cite sikit. Kalau yang ada gambar tu, letak dalam blog, boleh juga saya layan gambar saat-saat manis anda di sana.

Borak kosong saya bersama seorang rakan yang baru pulang dari aktiviti mendaki gunung telah berjaya menarik minat saya untuk mendaki gunung. Bukan gunung yang biasa-biasa ni. Impian saya besar, nak daki gunung kinabalu! Erk!

Hasrat saya itu di sambut dengan gelak tawa oleh rakan sepejabat yang lain.

" Oooo korang ketawakan saya yer. Tidak mengapa. Ini saya simpan sebagai satu cabaran personal untuk diri saya. (Always think positif..huhu..)"

" Kamu nak daki gunung. Baik janganlah. Udah ler kamu tu tidak beberapa gemar main selut, bergelumang dengan bau hutan. Ada hati hendak mendaki gunung. Hahahahah..."

Memang dasar kawan-kawan yang suka menurunkan semangat kawan ler mereka ni. Tapi itu semua tidak berjaya untuk memadamkan impian saya pada satu hari kelak.

Berbalik kepada pengalaman rakan saya yang baru pulang tadi, banyak petua dan pantang larang yang di ceritakan olehnya buat kami semua. Dan hal ini pernah saya tulis dalam blog saya. 

Adab-adab mendaki; 
  • Jangan memanjat gunung seorang diri. (Itu kerja gila, kalau terjadi sesuatu perkara, konfem anda tidak akan temui jalan pulang.)
  • Jangan cakap lepas, sombong, takabbur dan bercakap besar. (Plasterkan sahaja mulut orang seperti ini.huhu..)
  • Jangan buang air kecil atau besar di pangkal pokok atau di tempat air bertakung kerana tempat ini sering menjadi kediaman makhluk lain seperti serangga, haiwan hutan atau makhluk jin. (seram tak?)
  • Jangan bergurau berlebihan. (Jangan seronok sangat, kelak ada juga yang menangis. Pernah dengar pesanan orang tua yang macam tu kan.)
  • Jangan melakukan maksiat. (Dalam hutan pun nak buat maksiat ker?)
  • Jangan berpisah daripada kumpulan. (Jangan bikin susah ahli kumpulan. Satu hal pula nak mencari anda.)
  •  
  • Jangan berdiri dan bergurau di tebing yang curam. (Dah tak sayang nyawa ker? Carilah tempat lain kalau nak bergurau ker, photoshot ker..)
  • Jangan tinggalkan sampah sepanjang perjalanan. Kutip sampah dan bawa turun. (Peliharalah hutan kita. Negara bersih, rakyat sihat.)
  • Jangan mengambil barangan sembarangan dari dalam hutan seperti batu-batuan, flora atau fauna. (Pernah tengok JANGAN PANDANG BELAKANG tak? )
  • Jangan mementingkan diri sendiri. 
  • Tunggu ahli yang terakhir ketika naik dan turun. 
  • Bawa bersama ahli yang cedera, sakit atau pengsan. (Takkan korang nak tinggalkan ahli yang cedera tu. Udah ler dia cedera, kalau lah tetiba rimau datang, camna dia nak selamatkan diri dia? Eh, jangan bersikap sedemikian yer.)
Itulah antara adab-adab yang perlu di selitkan dalam ingatan jika suatu hari nanti, anda berpeluang untuk mendaki gunung mahupun bukit. Terima kasih kerana sudi baca sehingga habis. See you all later.


15 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. hehe.. jom mendaki bersama saya GA.. teringin gak nak manjat GK tu..

    erk betul la kan.. kalau takde adab nak manjat gunung mcm2 bley jadi.. kat gunung ledang ni je, bape ramai mati dah, yang buat maksiat ade yg kena hempap batu la, pastu kes lain, yg kena sambar petir pon ade.. tak tau la pe silapnya.. mungkin dah ketentuan kan.

    BalasPadam
  2. @ Fariq, erk..sampai macam tu sekali ker akibat terlanggar pantang nih? Seram gak yer.

    Ada gak yer kes buat maksiat semasa dlm aktiviti pendakian ni.

    BalasPadam
  3. ade pantang eyh kalo nak daki ?? wah hebak ney < sambil salin nota :D

    BalasPadam
  4. saya ni kalau dpt naek Broga Hill pon rasa hezven dah..heheheh..teringin sgt2!!

    BalasPadam
  5. saya pernah mendaki sekali sahaja, (mungkin yang pertama dan terakhir) gunung ulu semangkok tak salah dekat ngan fraser hills. Sejuk masa turun, hampir hujan.

    Gunung kinabalu tu cuma sampai kat kaki gunung aja. Tak cukup kudrat lagi untuk sampai ke puncak.

    BalasPadam
  6. Keh keh keh, pernah naik, dan rasa nak naik lg tahun depan, insyaAllah.. ada cite kat blog, kalau nak terjah, taip jak gunung kinabalu.. hehe..

    apapapun, sepanjang diri ini naik gunung ~ semuanya secara solo! masa time naik puncak tu lagi la, kalau penat duk sorang2 jak dalam gelap.. sal kalau naik puncak gunung kena awal pagi, jalan dah jam 2 lebih.. weehuu~

    kalau berkesempatan, naik jak yek.. hehe..

    BalasPadam
  7. pantang ni penting kena jaga.. Lagi2 kalau mulut celupar tu.. Nanti benda alah tu test kita balik, hah masakkk

    BalasPadam
  8. training daki gunung yang rendah rendah dulu.

    baru leh fikir nak tawan kinabalu.

    BalasPadam
  9. @ fyy, memang kena jaga utk elakkan benda2 yg tidak di ingini.

    BalasPadam
  10. @afuan shah, moga suatu hari kelak impian kita berdua akan tercapai..huhu..

    BalasPadam
  11. @ irene, ler kenapa awak cakap itu mungkin yg pertama dan terakhir?

    Moga suatu hari nanti awak dpt mendaki hingga ke puncak. Kaki bukit dah sampai, tidak mustahil puncak pun mampu di tawan. Insyaallah.

    BalasPadam
  12. @ Aretiks, saya dah terjah dan baca blog awak. Tahniah! Memang best.

    BalasPadam
  13. @ Akid, kita plaster jer jenis yg mulut cam tu. Bukan per, kita semua tak nak perkara yg tak diingini terjadi kan.

    BalasPadam
  14. @ delarocha, nasihat awak sgt berguna dan sedang saya praktiskan. hehe..

    BalasPadam
  15. lom ada pengalaman lagi....so tak dpt nak share story ..tapi bakal menawan puncak GK pada 19 n 20 jun 2011 ni.,.doakan moga saya n member2 berjaya sampai ke puncak n cuaca ok sepanjang pendakian kami nnt.....amin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama