Selamat hari guru buat anda yang bergelar guru di luar sana. Terutama buat dua orang blogger yang kerjayanya seorang guru yang pernah singgah dan komen di blog ini iaitu Gen2merah dan Duniacikgu dengan soalan, banyak dapat hadiah cikgu?

Pagi ini, sempat juga saya mengucapkan selamat hari guru kepada beberapa orang guru yang menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah. Belum sempat lagi waktu sekolah bermula, saya lihat di tangan guru tersebut telah ada empat beg hadiah, mungkin dari pelajarnya. Agaknya lah, bila tiba waktu tamat sesi persekolahan, boleh penuh belakang bonet kereta. haha.

Kata-kata dari seorang guru ini, saya abadikan sebagai artikel untuk tatapan semua. 

Tapi sekarang ni, saya dah tak berasa sangat pasal hadiah ni. Bukan tak suka dapat hadiah. Cuma tak kisah sangat. Kalau ada murid yang nak bagi , bagilah terima kasih. Sebab saya tahu, saya ni garang sikit di sekolah. Paling penting bagi saya apa yang saya ajar tu diorang faham. Paling seronok kalau mereka berjaya. Itulah hadiah yang paling bererti. Kepuasan yang hanya cikgu sahaja faham.

Kejayaan mereka adalah kejayaan cikgu juga. Itu adalah penanda aras kepada prestasi cikgu. Biar tak dapat anugerah cemerlang sekalipun, tapi kita puas dan rasa seronok dengan kejayaan mereka . Itulah hadiah yang paling bernilai sebenarnya.

Apapun saya seronok jadi cikgu. Seronok kerana kerja yang saya buat , saya minat dan setiap hari saya suka kerana ada matlamat jangka pendek yang di peroleh. Matlamat yang dicapai ialah murid semakin berilmu. Itu sahaja. Kepada kawan cikgu sekalian. Selamat Hari Guru. Buat kerja anda sebaik mungkin dan sehabis baik. Jangan fikir apa orang kata.


p/s : Ingat pesanan cikgu tu, Buat kerja anda sebaik mungkin dan sehabis baik. 

Terima kasih kerana sudi baca hingga habis.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama