Ahad, 8 Mei 2011

GANGGUAN DARI HANTU. ANDA PERNAH DIGANGGU TAK?


Minggu ni, rancangan kat tv siarkan semula filem Jangan Pandang Belakang (JPB). Kisah gangguan dari SAKA. Saya terpaksa layan sebab dah tak der cerita best untuk di tonton? Sambil layan JPB, tetiba minda saya ter'flashback' semula kejadian-kejadian aneh dan seram yang pernah saya lalui semasa saya tinggal di asrama suatu ketika dahulu.

Zaman sekolah saya dahulu, kalau dapat masuk asrama kira gempak ler. Ibubapa mana yang tidak bangga jika anaknya terpilih untuk belajar di sekolah berasrama yang berprestij tinggi. Jadi buat anda yang bergelar pelajar, blogging pun blogging gak tapi pastikan result korang gempak. Barulah jadi anak yang berjaya merangkap blogger hebat. huhu..

Okay, dipendekkan cerita, saya dan sebilangan pelajar baru telah ditempatkan dibilik yang dimaklumkan oleh senior bahawa bilik itu sebenarnya telah dua tahun tidak berpenghuni? Erk..biar betul. Atau senior ni saje nak takut-takutkan kami. Tetapi beberapa peristiwa yang terjadi di dalam bilik tersebut, masih menjadi misteri.

Trajedi pintu loker..

Di suatu senja, sedang saya asyik meng'iron' uniform sekolah, tetiba pintu loker yang berada di kanan saya terbuka dengan sendirinya. 

" Erk! angin agaknya. (Tapi tak terasa pula berangin dalam bilik ni..) ahh..khayalan aku jer kot." saya bermonolog sendirian sambil ligat tangan ini meng'iron' baju.

Tetiba pintu loker yang terbuka tadi, tertutup dengan sendirinya.

" Dasyat angin ini, tadi ke terbuka sekarang dah tertutup.." masih saya bermonolog sendirian meneruskan kerja-kerja terakhir iron uniform sekolah.

Kali ini pintu tadi terbuka dan tertutup, terbuka dan tertutup. Begitulah berulang kali dan saya terus cabut tanpa toleh belakang.

Kawan saya terkena histeria..

Usai solat maghrib, saya on the way pulang ke bilik untuk ambil buku sebelum ke kelas malam aka preb. Tapi belum sempat sampai ke pintu bilik, dari jauh kedengaran jeritan dari dalam bilik saya. 

Sampai jer dalam bilik, kelihatan ustazah sedang menenangkan sahabat saya yang telah dibaringkan dilantai. Kepalanya telah dialaskan bantal. Kelihatan beberapa rakan saya yang lain kuat memegang lengan dan kaki sahabat saya yang terkena histeria.

"Eh, apa yang hang letak bawah bantal aku ni. Keluarkan cepat, aku panas, aku panas!!!"

Erk! itu ayat terakhir yang saya ingat sebelum kami yang lain telah diarahkan
oleh ustazah agar segera ke kelas malam. Kami pun no hal untuk segera meninggalkan bilik tersebut. Seram wei.. Ustazah cuma letak surah Yassin bawah bantal sahabat saya tadi. Bukan letak benda lain. Konfem sahabat saya sudah terkena gangguan.

Ehm, perkara-perkara misteri ini tentu ada jawapnya. Hanya Allahswt yang Maha Mengetahui kenapa ianya terjadi.

Nota : Tidur malam nanti jangan lupa amalkan surah al-kursi sebagai pendinding dari segala gangguan dan sihir. Solat isyak pun jangan lupa yer.  


4 ulasan:

Dr Mohd Hafiz berkata...

Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah kena lagi..

cik anum berkata...

huhu, penah la jugak dengar orang menjerit dlm toilet waktu kat asrama.
tp waktu tu, takde sape2 pon kat situ. huu, seram ~ ^^

GreenAppleKu.com berkata...

@ Dr Mohd Hafiz, ehm..klu2 di ganggu pun tak der ker Dr. Cam Dr. kerja kat hospital, nak pula dpt on call tgh2 mlm..tak kan takder Dr. Sharelah dgn kami semua.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Cik Anum,peristiwa yg terjadi kat toilet lagilah menyeramkan. Teringat waktu dulu2, kalau nak gi mandi konfem kena angkat geng. Tak berani nak gi berdua. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...