DEMI SEBUAH CINTA, MANUSIA HILANG AKAL.. - Eiza GreenAppleKu

DEMI SEBUAH CINTA, MANUSIA HILANG AKAL..


Salam ceria buat anda semua yang sudi singgah dan lepak-lepak di blog greenappleku.com. Buat yang pertama kali tersesat dan tersinggah di blog ini, terima kasih dan welcome to greenappleku. Tolong sebarkan betapa bestnya blog picisan ini pada semua ya. Wohaa..

Merujuk kepada kamus Bahasa Melayu, CINTA adalah perasaan kasih, sayang, rindu dendam kepada seseorang atau sesuatu seperti kekasih, ibu bapa, negara dan Tuhan. 

Indahnya rasa ketika diri berada di alam percintaan. Semua pasangan mengimpikan kebahagian di akhir episod cinta mereka. Tetapi ada juga yang di uji dengan kekecewaan dalam percintaan. Tidak kurang juga dengan kisah cinta yang terputus di pertengahan jalan. Dan yang paling dasyat apabila kisah cinta berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.

Pada mereka yang kuat semangat, mereka masih mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka faham apa itu erti takdir, faham apa itu erti tiada jodoh. Mereka sentiasa dekat dengan Allah s.w.t kerana mereka tahu, Allah is always by your side (lirik lagu Maher Zain ni..) dan mereka tahu hanya Allah yang Maha Mengetahui jodoh yang terbaik buat setiap hambanya. Tetapi tidak ramai yang mahu menerima realiti ini apatah lagi menggunapakai konsep ini dalam diari kehidupan. 

Kenapa aku di uji sebegini rupa? Kenapa dia menduakan aku? Kenapa dia tidak jujur? Kenapa aku di permainkan? Sampai hati dia buat aku ni 'spare part'. Kenapa? kenapa? dan kenapa? Itulah persoalan yang bermain di fikiran yang percintaan mereka tidak seindah yang diimpikan. 

Dan ketidakpuasan hati ini, boleh mendorong berlakunya keganasan dalam percintaan. Ada yang sanggup terjun bangunan. Ada yang sanggup memukul orang yang satu ketika dahulu amat dia cintai, ada yang sanggup menyimbah asid dan ada juga yang sanggup membunuh. Biar putih tulang, jangan putih mata!


Akan bersambung..


7 ulasan

Ayen... berkata...

cinta juga boleh buat org jadi gila.....

qucachahir berkata...

saya agak gile ketika bercinta ;)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Ayen, herm..yg jadi gila ni memang kesian. Dia tidak dpt menerima realiti. Jangan suke mempermainkan perasaan orang kay. Tak baik. Kesian pada orang tu.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Quca, jangan awak betul2 gila sudah lah. hehe.. eh gambar profile dah bertukar yer.

Ms. Ann berkata...

kerana kekasih mereka buang rasa kasih.. kerana mengejar cinta.. mereka kehilangan rasa cinta..
cinta tanpa adab mengundang azab...

cinta datang dari allah.. maka ketulusan bercinta itu harus datang jua daripada allah...

anne

delarocha berkata...

everything happened for a reason.

Allah lebih mengetahui apa yg baik untuk hambanya

qucachahir berkata...

hehe..tak gile sangat..masih bole dikawal..
wah..akak perasan yew pic profil kite dah bertukar..
thankz tegur.. ;)
tetiba suka merah..
nampak garang sikit.. (^^)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.