Pernah jatuh motosikal ? Saya bukan setakat jatuh tapi pernah tercampak! Sakit? First day semasa hari kejadian, memang tidak terasa apa-apa. Orang kata, boleh cover line lagi. Jalan pun boleh kontrol depan mak dan ayah. 

Masuk hari kedua, lutut kiri mula terasa sakit, warna lutut sudah bertukar warna. Kaki sebelah kiri telah mula terasa tidak seperti biasa. Begitu juga dengan tapak tangan kanan dan kiri. Masih ada kesan calar dek kerana menahan diri yang tercampak di atas jalan raya. Patutlah pada hari kejadian, hati ini terasa seperti ada yang tidak kena, rasa tak best sangat.

Petang sebelum kejadian, selalunya office boy yang akan tolong bayar bil handphone saya. Tapi entahlah di mana silapnya. My office mate CT, nak keluar sekejap untuk bayar bil handphonenya. Saya yang tika dan saat itu, tengah stress dek kerana kerja yang menimbun, terasa nak turut sama. Keluar kejaplah, hilangkan stress, boleh bayar bil hp sekali.

CT naik motor berbaju kurung, saya berseluar jeans dengan shirt. CT yang bawa motor sebab saya tak pandai dan tak der lesen. Sambil sembang, kami menumpukan perhatian di hadapan. Tiba di simpang 3, di lorong sebelah kiri saya, dari jauh saya dapat melihat, ada sebuah kereta hendak masuk ke kanan jalan. That means, masuk ke lorong kami. Saya dapat melihat dengan jelas, yang pemandunya tidak pandang kanan. Dia pandang kiri dan terus belok ke kanan.

Dalam hati saya menjerit, Ya allah..konfem kena langgar ni. Dan memang konfem saya dan CT kena langgar. Tika itu saya hanya pejamkan mata. Bila buka mata, saya dah terduduk di bahu jalan. CT? Saya tercari-cari di mana CT. Rupanya CT sedang memungut sandalnya sambil berjalan ke arah saya.

" Akak ok ker? " 

" Okay agaknya " sambil itu mata saya melihat ke kaki CT yang jelas terlihat tulang berwarna putih.

" CT, duduk sini dulu. Biar akak yang ambil sandal kamu yang satu lagi. Duduk sini tau. " Saya tahu, CT masih tidak sedar yang kakinya cedera teruk.

" Eh, tak perlah kak. CT boleh ambil sendiri."

" CT, kak kata duduk, duduklah. Kaki CT tu."

Sebaik sahaja CT memandang kakinya, terus dia terduduk. Terus dia meraung kesakitan dan ketika itu jugalah darah keluar dengan banyaknya. Saya memang fobia tengok darah. Boleh pening di buatnya.

Pemandu yang melanggar kami, berkali-kali memohon maaf dan akur semuanya salah dia. Dia jugalah yang membawa CT ke Hospital untuk menerima beberapa jahitan di kaki. Kaki CT terpaksa di simen. Selepas dari kejadian itu, saya memang trauma bila nak naik motosikal. Tak pernah naik dah selepas kejadian itu.

Itu cerita beberapa tahun yang dahulu. Baru-baru ini, ketika saya memandu dalam had laju 90 km/jam, dari jauh di lorong sebelah kanan saya, saya dapat melihat sebuah kereta hendak masuk ke laluan utama. That means, laluan saya. 

Dalam hati saya terdetik, konfem minah ni tak tengok kanan. Tapi kali ini, dari jauh lagi saya bunyikan hon kereta. Terhenti mengejut kenderaan tersebut. Dan sehinggalah saya melepasi keretanya, hon kereta saya tetap saya bunyikan. Memang agak lama hon itu berbunyi. Cukup untuk menyedarkan mereka yang sedang leka menggunakan jalan raya.

Adakalanya, bisikan hati kita memang ada kebenarannya. Terpulang pada kita untuk melakukan tindakan susulan. 


Nota : Memandulah dengan penuh perhatian. Sentiasa berwaspada dengan kenderaan lain. Ikut peraturan jalan raya yang telah di tetapkan. Jangan berangan dan ber'sms'. Yakinlah, anda mampu mengubahnya. Anda mampu mengelakkan kemalangan.


Erk, konsep bisikan hati ini boleh di gunapakai untuk kes mengelakkan kemalangan jer tau. Jangan gunapakai konsep ini untuk agenda lain. Lebih baik jadikan al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama