Ini adalah sambungan kepada entri ini (klik kepada yang nak baca) supaya anda faham apa yang cuba saya ceritakan. 

Jika anda mengalami tanda-tanda mahupun gangguan seperti yang telah saya ceritakan di dalam artikel yang terdahulu, mungkin rumah anda ada 'tetamu yang datang dan tidak mahu pulang a k a gangguan dari makhluk halus ataupun hantu. 

Berdasarkan kisah benar dari seseorang, dia sendiri pada mulanya tidak percaya dengan semua benda-benda, cerita-cerita hantu ni. Baginya, mana ada hantu. Tetapi setelah gangguan demi gangguan yang diterima, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menyiasat apakah sebenarnya yang terjadi.

Hasil siasatan yang di terima agak mengejutkan dan dia tidak tahu langsung yang keturunan nenek moyangnya yang terdahulu, ada membela 'khadam' atau 'saka'.

Biarpun dunia hari ini sedang berperang dengan kemajuan sains dan teknologi, namun masih ada masyarakat kita yang mengamalkan amalan yang di laknat oleh Allah s.w.t. Jangan sesekali kita bersubahat dengan syaitan. Bagi mereka yang ada mewarisi saka dari nenek moyang, berikhtiarlah mencari tabib yang pakar agar saka yang diwarisi dapat dipindahkan ke tempat lain.

Bertaubatlah, agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. pernah jumpe saka harimau depan mata..fuhh..misteri nusantara betul..hehe..

    new update>>

    http://cintailmu89.blogspot.com/2011/05/lelaki-jaga-kulitlembut-kah.html

    BalasPadam
  2. @ iz, biar betul awak ni. Memang misteri nusantara ni. Bila awak sebut saka harimau, saya terbayang cerita waris jari hantu.

    BalasPadam
  3. seram

    minat dijauhkan dari perkara sebegini

    BalasPadam
  4. @ delarocha, me to, minta di jauhkan keturunan saya dari semua ini.

    BalasPadam
  5. haa..hari ni baru la mylady leh sambung baca cerita seram GA ni..bab-bab nih, memang ramai orang2 tua dulu mengamalkannya ek?..dulu2 mmg tak percaya benda2 ni..tapi, bila dah berkahwin, dengar cerita from my hubby's side (arwah tok nenen dia)..uishhh..meremang bulu roma eden..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama