Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?
InsyaAllah dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi impak yang akan anda hasilkan adalah besar.
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarahiluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :
1. Berumur 14 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik
3. Komited dan sayang dengan tugasan yang diberikan
4. Percaya dan cinta kepada misi dan visi iluvislam.com.
Jawatan yang boleh dipohon adalah :
1. Editor Artikel  Bahasa Malaysia
Mengedit dan menerbitkan artikel yang telah dianalisa (1 artikel sahaja seminggu - minimum).
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan.
2. Penulis 
Menulis 1 artikel atau rencana berdasarkan kategori yang telah dipersetujui setiap minggu.
3. Penganalisa Artikel Bahasa Malaysia
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com.
Hanya satu sahaja artikel yang perlu dianalisa setiap hari (hanya lebih kurang 10 minit sehari).
4. Team Professional (Termasuk Ustaz, Kaunselor, Doktor dan Lain-Lain)
Menjawab soalan berkaitan bidang kepakaran anda. Contohnya doktor akan menjawab persoalan berkenaan kesihatan
5. Team Soal Jawab
Memeriksa soalan baru yang ditujukan kepada professional (soalan daripada pengguna iluvislam.com)
Memastikan solan pengguna dijawab oleh professional yang berkaitan
6. Team Event Malaysia
Bersama ahli team event Malaysia yang lain menguruskan event iluvislam.com di Malaysia (mesti menetap atau bermastautin di Lembah Klang)
7. Team Promo iLuvislam
Mempromosikan iluvislam.com di sekolah/IPT/pejabat/kawasan perumahan masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan & persatuan Islam (jika ada) sekolah/IPT/pejabat/kawasan perumahan dan iluvislam.com
8. Editor Bahasa Inggeris
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web versi English (satu artikel seminggu)
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
9. Penganalisa Bahasa Inggeris
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com versi internasional
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
10. Programmer (Web Developer/Application Developer)
Membangunkan applikasi atau website berkaitan iluvislam.com
* Hanya satu jawatan sahaja yang boleh dipohon bagi setiap orang. Jadi, pilihlah yang paling sesuai dengan diri anda..
Anda Berminat Menjadi Sebahagian Daripada Famili iluvislam.com?
Hantarkan maklumat berikut kepada email volunteer@iluvislam.com :
1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Telefon Bimbit
4. Alamat Kediaman
5. Tempat Pengajian Terkini
6. Bidang Pengajian
7. Tahap Pengajian
8. Tahun Tamat Pengajian
9. Pekerjaan & Jawatan (Jika Bekerja)
10. Akaun Facebook
11. Laman Web Atau Blog (Jika Ada)
12. Jawatan Yang Dipohon
 * Tarikh tutup : 30 Jun 2011
* Tempoh proses : Maximum sebulan dari tarikh penghantaran
* Hanya satu jawatan sahaja yang boleh dipohon bagi setiap orang. Jadi, pilihlah yang paling sesuai dengan diri anda..
Kami di iluvislam.com mengalu-alukan kehadiran anda ke dalam famili kami - untuk kita sama-sama mencipta sejarah.
Together WE make history for OUR ummah!
With luv,
Im Koyube
Co-Founder iluvislam.com
Luv Everybody. Hate Nobody.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. @ delarocha, jom hantar permohonan sebab saya dah hantar sebagai penulis..ada rezeki, adalah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama