Pesanan dari Ben : BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ? Dalam 100 patah perkataan .. lebih tak pe.. hehe.. Jika ada pengalaman , cerita sekali .. manis atau pahit.. ;)  kalau sudi la ..


Cerpen dari saya :

Meet Pink Lady and Blue Boy. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Sebab mereka berdua, sama cerdik sama pandai, mereka berjaya ke ‘U’ yang sama bersama-sama. Pink Lady memang suka sangat sama Blue Boy. Tetapi sebagai seorang wanita, Pink Lady malu untuk bertanya apatah lagi meluahkan apa yang dirasakannya pada Blue Boy. Blue Boy pula dilihatnya releks jer. Tak pernah pun cakap ‘Saya suka awak’ ataupun ‘I luv u’. Kias-kias pun tak der..!

Tetapi setiap kali tiba hari raya, Blue Boy tidak pernah lupa kirim kad raya. Ada muzik dan gambar masjid! Cam takder gambar lain. Pink Lady tahu, Blue Boy mesti nak ingatkannya agar jangan lupa ke masjid untuk sembahyang sunat sebelum pergi kutip duit raya. Begitu juga setiap kali tibanya birthday Pink Lady. Blue Boy tetap akan kirim kad birthday gambar masjid. Handmade gambar masjid tu.

“ Memang awak suka gambar masjid ker?” Pernah Pink Lady bertanya suatu ketika dahulu.

“ Kenapa..ada masalah ker dengan gambar masjid tu. Bukan apa, saya sekadar nak ingatkan awak, awak jangan tinggal solat jika awak tak uzur sebab setiap tahun umur kita akan bertambah, begitulah juga hendaknya dengan amalan kita. Makin bertambah pada setiap tahun”

Panas juga telinga Pink Lady mendengar ceramah percuma dari Blue Boy. Semenjak dari peristiwa itu, Pink Lady dah tak kisah dengan gambar masjid. Alah tegal perkara biasa.

One day, di bawah pohon nan rendang di tepi padang sebuah universiti, kelihatan kelibat Blue Boy tengah releks-releks sambil up date blog menggunakan netbooknya.

Tet..tet.. sms dari Pink Lady.

“Awak kat mana? Ada hal mustahak nak tunjuk dan cerita pada awak”

“ Kat tempat biasa. Saya tengah up date blog. Apa yang mustahak sangat nih..em..awak datanglah jumpa saya.”

“ Okay, awak tunggu saya yer..i’m on my way”


Selepas 10 minit.


“Awak...” Pink Lady main cak-cak ler pula sebaik sahaja tiba di tempat yang di janjikan.

“Oh pocot mak engkau..kus semangat, awak ni kan...” 

Namun terkejut Blue Boy cuma seketika selepas terlihat belon warna pink berbentuk hati dan sekeping kad ditangan Pink Lady. Api cemburu mula membakar sedikit demi sedikit.

“ Awak tahu tak..hari ni adalah hari yang paling happy dalam hidup saya. Dah lama saya tunggu saat ini. Dah lama saya inginkan perkara ini. Awak nak tahu, hari ini saya dapat ni semua dari secret admirelah. Ada orang minat kat saya awak. Ada orang jatuh cinta pada saya..awak. Ada juga orang yang nak kat saya yang tak cantik nih..”

Berseri-seri wajah Pink Lady bercerita pada Blue Boy. Sambil bercerita, mata Pink Lady tetap belek-belek belon dan kad ditangannya. Blue Boy hanya tersenyum yang ternyata amat kelat. 

Dalam hati Blue Boy berkata..

(Comel setanding Lisa Surihani boleh dia kata diri dia tak comel. Memang tak sedar diri awak tu. Rupanya, selama ini awak tidak faham apa erti MASJID yang berpuluh tahun telah saya kirimkan untuk awak. Masjid bermaksud suatu hari nanti apabila tiba tika dan saatnya, kita berdua akan mendirikannya bersama. Waaa..awak tak faham rupanya. Awak, awak tahu tak. Saya amat sayang pada awak. Tapi hari ni..sobsob..nangis Blue Boy dalam hati.)

“ Awak ni apa hal..sedih jer..”

“ Tak der apa pun. Cam biasa jer..”

“ Awak tolong pegang belon dan kad ni kejap yer. Saya nak ke ‘ladies’. Oh, ya..saya nak awak tengok siapa dia gerangan secret admire saya tu. Need your komen.”

Pink Lady meletakkan belon dan kad pada netbook Blue Boy. Terus dia berlari- lari anak ke tempat yang dimaksudkannya. Terkehel-kehel Blue Boy mengambil kad dan belon yang hampir terbang di tiup angin.

Em..boleh tahan kreatif kad nih..Cover depan ada gambar teddy bear peluk heart bertulis..


DAH LAMA SAYA SUKAKAN AWAK..TAPI..


Tapi apa pula nih..tak sanggup pula nak buka dan baca ayat seterusnya. Tapi kalau aku nak tahu kesudahannya, kena juga aku buka kad nih. Aku malas bebenar nak tahu siapakah gerangan pemuda yang berani meluahkan perasaan nih. Remuk hati aku belum terubat. Kalau aku tak buka, bila Pink tanya nanti, apa aku nak jawab. Nanti dia kata aku cemburukan dia pula. Aduihhhh..

Dengan berat hati Blue Boy membuka kad tersebut..


SAYA TIDAK TAHU CARA YANG TERBAIK UNTUK LUAHKAN PADA AWAK. JIKA AWAK SUDI MEMBINA MASJID BERSAMA SAYA, AWAK LEPASKAN BELON PINK INI, BIAR IA BEBAS TERBANG MELAYANG KERANA CINTA PERLU DI LUAHKAN BUKAN DI PENDAM AGAR CINTA ITU TIDAK TERLEPAS KE TANGAN ORANG LAIN.




PINK LADY..


p/s : Amacam lakonan saya, setanding Lisa Surihani tak?


Dari jauh, Pink Lady dapat melihat belon Pink melayang tinggi ke awan biru....


Nota : Dalam percintaan, mana boleh main agak-agak yang di dia memahami apa yang tersurat dalam hati kita. Berterus terang dan jujur andai diri benar-benar ikhlas menyintai. Jangan mempermainkan perasaan orang lain. Tak baik! 








19 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bestla..cerpen ni..huhu..cute sgt..hik2

    BalasPadam
  2. @ eintanliana, heh terima ksih kerna sudi baca, minta tlg promote cerpen ni, leh..huhu

    BalasPadam
  3. lisa surihani versi pegang belon ek?

    cerita yang cute, tapi jarang-jarang perempuan nak cakap terus terang macam tu.

    mungkin saya je kot?

    BalasPadam
  4. hoho buat sendiri ke kisah benar ni?? bestlah.

    BalasPadam
  5. suka cerpen nih..kalo masuk exam nti kan best...heheheh

    BalasPadam
  6. Ehem..ehem..dtg baca cerita chenta..ahaks~

    Semoga pink lady dpt bina masjid yg diidamkan bersama blue boy..

    BalasPadam
  7. menarik sangat cerpen ni :)

    cerita real kah?

    kagum :)

    cinta allah paling hakiki :)

    mari terbang ke sini <3

    http://aida4eva.blogspot.com

    BalasPadam
  8. suwit jek citer tu . hehe ,, tp cinta zaman skrg byk main kan perasaan org jer byk ..

    BalasPadam
  9. @ Irene, lulu, nadiem, upprofits, cik ida, aida dan juga cik faez, terima kasih buat anda semua kerana sudi baca cerpan hasil karya saya. Berdasarkan kisah benar yg telah saya tambahkan itu dan ini untuk menyedapkan jalan cerita. Tapi yg benar, bab kad gambar masjid tu. Itu memang benar.

    Cinta pada allah No. 1, pada Rasul no.2 dan ketiga pada manusia. Andai turutan ini di ikuti, kita tidak akan patah semangat andai satu hari nanti, impian cinta kita tidak seperti yg diimpikan kerana kita masih punya cinta no. 1 yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya.

    Sorry sebab lewat membalas komen, saya tonton drama JUVANA tadi. hehe..

    BalasPadam
  10. begitulah cinta,. slmt berjaya ,. saya follow blog ni :)

    BalasPadam
  11. kak..kite suka!..
    menarik sangat2.. ;)
    hehe...best nie kalau wat drama.. =)

    BalasPadam
  12. @ mcmnilah, tq sebab sudi follow blog saya. Selalu-selalulah terjah blog picisan ni..

    BalasPadam
  13. @ Quca, waaa tingginya impian tu tapi tak per, kak nak gi tanya Adza Mak Dara tu, samada layak ker tak nak buat drama cerpen nih..huhu..

    BalasPadam
  14. kak..layak kak.. :)
    kalau tak dapat wat drama,
    wat iklan pown oke..
    its simple love story... ;)
    cer try tanya MAK DARA..hehe

    BalasPadam
  15. menarik...hehe...creative gak kwn aku ni ekk...credit to u my fren...gud job...luv it..

    BalasPadam
  16. seronok la bace cerpen tuh .. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama