Herm..mengeluh panjang juga saya apabila membaca tajuk artikel yang saya tulis. Terfikir di fikiran ni, kenapa begini akhirnya sebuah percintaan. Kenapa dengan keganasan. Kenapa perlu bertukar kepada jenayah.


Merujuk kepada artikel ini (klik) jika nak baca, jenayah cinta ini tidak hanya tertumpu kepada awek dan pakwe tetapi ia melibatkan hubungan antara pasangan suami isteri, ibu bapa, adik-beradik, ipar duai dan sebagainya. 


Ketidakpuasan hati merupakan elemen utama yang mendorong kepada berlakunya jenayah cinta. Dari rasa tidak puas hati lahirlah perasaan cemburu. Apatah lagi apabila mereka pernah melihat, terbaca melalui email, pesanan sms atau sebagainya terhadap kecurangan pasangan masing-masing.


Tanggapan sesetengah orang, perlakuan diantara dua orang yang rapat tidak akan ada kesan undang-undang. Baru bercinta tetapi sudah biasa menampar dan memukul pasangan dengan beranggapan pasangan adalah miliknya dan ini tidak menjadi kesalahan. Masalah rumahtangga si polan dan si polan!


Perlu difahamkan disini, sebarang kejadian yang berlaku dan termaktub di dalam undang-undang jenayah, ia tetap jenayah walaupun ia berlaku kerana cinta. Sebagai contoh yang sering kita baca ialah kejadian mengerat mangsa, mengelar, menyimbah asid, melanggar pasangan dan membunuh. Gangguan di pejabat mahupun di rumah sehingga menjejaskan reputasi dan imej seseorang, itu juga termasuk dalam kejadian jenayah.


Keselamatan diri rasa tergugat, apa perlu dibuat?


Harus berkongsi cerita dengan keluarga yang terdekat, sahabat atau sebagainya yang terdiri daripada mereka yang kamu percayai dan berasa selesa untuk berkongsi masalah. Jangan di pendam seorang diri. Jika merasakan keselamatan mula tergugat, tidak ada salahnya jika kamu melaporkan sahaja kepada pihak polis.


p/s : 'Break up' jika anda merasakan anda terjebak dalam cinta jenis tampar menampar, bergaduh dan cemburu yang melampau. Memang tidak serasi lebih baik tamatkan sahaja. 



6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Semuanya kerana nafsu mengatasi akal..dan hilangnya 1 drp Rukun Iman dari dada, iaitu Percaya kpd Qada' & Qadar

    BalasPadam
  2. nampak nye kite tak terjebak kak dalam percintaan sebegitu.. ;)
    alhadulillah.. =)

    BalasPadam
  3. fad baru buat entry pasal benda ni.memang bahaya kan sekarang.kalau nak bercinta kena la berhati-hati.

    BalasPadam
  4. harap2 x berlakulaa kat kwn dlm perbuatan yg membabitkan kaki dan tangan ni.sebagai lelaki,mulut pun nak kene jage jgk takut terlepas cakap/ucap.......huhu.

    BalasPadam
  5. biasanya demi cinta,
    kuserah segala

    mungkin termasuk nyawa barangkali.

    mujur saya belum gila lagi demi cinta, cinta biasa-biasa aja sebelum kawin.

    nak cinta cam nak rak tu, cinta je pada yang maha esa (Nabil Raja Lawak)

    BalasPadam
  6. iman xkuar, macam ni la. tapi pesanan last tu.. betul jugak tu kan.. tapi mana ada orang yang tengah mabuk cintanak dengar nasihat orang lain.. haih..

    latest entry : the convocation ♥

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama