Siaran:
TV3


Waktu:
Isnin(9.00 malam)


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Jadi, bagaimanakah Daim menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya. Saksikan drama hebat ini di kaca televisyen anda.

GreenAppleKu :

Suka tagline drama ni, AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA. Setiap dari kita sepatutnya punya hasrat untuk mengubah ujian yang telah ditakdirkan pada kita. Sebagai manusia biasa, ada kalanya kita tersilap langkah dalam membuat pilihan kerana desakan persekitaran kehidupan. Namun kita semua masih ada peluang kedua untuk memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik dari semalam. Kuatkan semangat tekadkan matlamat, yakin dan selalu ingat, Allahswt sentiasa bersamamu.


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. mas tengok cerita ni dari episod pertama...memang best dan menarik cerita ni...

    BalasPadam
  2. macam best je cite ni.banyak pengajaran yang disampaikan.

    BalasPadam
  3. @ Mas, saya juga. Crita Realiti masalah yang sedang di hadapi remaja. Dari situ juga kita dapat tahu kenapa seseorang itu bersikap sedemikian.

    BalasPadam
  4. @ storyfromme, memang banyak pengajaran dan info yg diperolehi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama