Terjah blog Ariff,  menurutnya jika di luar negara, iklan-iklan  berbentuk lucah, biasanya hanya dipaparkan di laman-laman web lucah dan bukan di akhbar cetak, blog atau laman web yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur seperti yang sering kita lihat di negara kita sendiri.


Kita marahkan anak-anak muda melakukan seks bebas sana sini. Tapi bila bahan bacaan hiburan anak muda sekarang ni semuanya memaparkan iklan produk seks, ubat kuat, zakar lebih panjang, payudara isteri tegang, badan montok dan sebagainya tidakkah ia sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran anak-anak muda ni semua bahawa seks ni semua adalah perkara biasa?



Pihak akhbar dan pemilik laman web ni semua haruslah bertanggungjawab untuk menapis iklan-iklan yang dipaparkan di akhbar dan laman web mereka dan memastikan bahawa iklan yang dipaparkan sesuai dengan peringkat umur pembaca mereka.

Aku tak mengatakan iklan-iklan ni menjadi punca keruntuhan akhlak remaja tapi cuba fikirkan kalau budak umuk 5-6 tahun selak surat khabar atau buka blog-blog yang memaparkan iklan macam ni. Dengan alasan ingin tahu, mereka klik pada iklan yang memaparkan gambar-gambar menarik dan slogan yang hebat. Rasa ingin tahu ni tadi semakin lama semakin besar dan mungkin kelak membawa mereka ke laman web lucah untuk melihat sendiri apa maksud sebenar ‘puas’, ‘badan montok’, ‘payudara tegang’ dan sebagainya.

Kaji demografi pembaca anda. Kalau dah terang-terang laman web anda untuk bacaan/hiburan umum, pastikan takde elemen panas seperti ini. Jadilah blogger/webmaster yang bertanggungjawab.

GreenAppleKu : Memang susah kita hendak menjawap persoalan yang di ajukan oleh seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun bila dia bertanya badan montok tu apa ataupun ubat kuat tu apa? Lebih baik biar kanak-kanak ni layan disney channel jer. 

Kalau kita nak layan drama melayu, tunggu time anak dah masuk tidur bagi mengelakkan mereka terlihat iklan yang tidak sepatutnya yang memang kian banyak di tayangkan. Kekadang timbul juga rasa geram apabila masa untuk iklan lebih panjang dari masa untuk drama di siarkan. Grrr...


12 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. dalam mailbox bersepa laa... jijik kot..

    BalasPadam
  2. dorang nak produk cepat laris kak,
    tu yg semua byk yg lucah2,

    BalasPadam
  3. sokong akak 100%... bdk2 skrg byk didedahkan dgn pkara2 mcm nie...

    BalasPadam
  4. @ Denza, dalam iklan tv lagi tersepah-sepah, naik segan rasanya bila tonton tv ngan family, time tu gak keluar iklan nak ketatkan sana besarkan sini..huhu..

    BalasPadam
  5. @ Kami dan mereka, agaknya mereka tiada idea terkini utk lariskan produk tanpa guna iklan lucah..

    BalasPadam
  6. kesan utk kanak2 dieorg letak tepi janji barang dieorg laris...

    BalasPadam
  7. @ Girl girl, akan pun sokong kamu semula. Jgn sewel dah ler budak2 sekarang. Byk sgt input yg tak sepatutnya mereka tahu.

    BalasPadam
  8. iklan kat tv pon kadang2 iklan tah pape. malu je nak tgk ngn family..

    BalasPadam
  9. Orang malaysia terlampau jujur sangat kalau tengok gambar yg mencucuk mata .. kalau tak caya.. carik jela kat facebook tuh..

    tak kira laki pompuan..semua sama.
    haish, akhir zaman

    BalasPadam
  10. @ Jejaka Terhangat, memang memalukan time tgh best layan drama ngan family tetiba keluar iklan SX..larikkk masuk bilik ngandap laptop ler jwpnya. huhu..

    BalasPadam
  11. @ Mr. Laptop, terlampau jujur dan terlampau positif thingking.

    BalasPadam
  12. ish..segan kite..huhu..
    maju lah iklan untuk negara! ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama