My Instagram

ADAKAH AKU TERKENA SIHIR? ERK?!!


Seram nyer tajuk di atas? Nak percaya ker tidak dengan perkara sihir menyihir ni?  Nak kata tak percaya, ada yang terkena. Peritlah juga pergi berubat sana sini. Nak kata percaya, benda ni tak boleh nampak dengan mata. Cuma bila dah terkena, tuan punya badan akan alami beberapa perubahan pada dirinya.

Pengalaman seorang rakan terkena santau angin memang menyeramkan. Sehingga sekarang terpaksa berpantang itu ini. Disaat saya dan rakan lain sedap jer bantai makan tanpa pantang, dia terpaksa redha dengan perilaku kami. huhu..

Cam na kawan saya tu terkena santau? Menurut cerita darinya, dia sendiri pun tak sedar bila terkena. Cuma bermula dari saat itu, dia mula batuk. Batuk yang susah nak baik walaupun dah berbotol telan ubat batuk. Pergi check di hospital, manalah tahu kot-kot terkena tibi ker, tak juga. Jadi diringkaskan cerita, kawan saya tu mula berubat secara tradisional. 

Sah dan konfem terkena santau angin. Santau jenis ni tidak ditujukan khas kepada individu tertentu. Santau ni lebih kepada pemilihan secara rawak. Kira nasiblah, kalau semasa santau tu berterbangan dan tiba-tiba pula, anda berada di situ maka risiko terkena santau tersebut agak tinggi. Eish..kes naya ni.

Menurut sumber yang berpandukan cakap-cakap orang ni, orang yang mengamalkan ilmu santau, memang dia perlu berbuat sedemikian untuk mengelakkan santau tersebut terkena semula pada dirinya. Sebab itulah dia terpaksa menganiaya orang lain yang langsung tiada kena mengena dalam hidup dia. 

Herm..dalam banyak-banyak ilmu yang ada, kenapalah ada juga yang pergi menuntut ilmu santau ni. Kan ada faedahnya jika pergi menuntut ilmu silat ker, judo ker, matematik ker tak pun grafik. Boleh juga buat duit. 

Alamak panjang ler pula, hajat di hati hendak share satu panduan bagaimanakah caranya untuk mengetahui tanda-tanda terkena sihir. To be continue..


7 ulasan

Dr MizEd berkata...

Sihir itu syirik. Kene jauhi..

Tanpa Nama berkata...

memang seramm... ive experienced this before...

GreenAppleKu.com berkata...

@ Dr Mized, tq for komen. Tapi pengamal santau nih mereka main redah jer. Dah tak fikir tu semua dah.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Wanda, erk..awak terkena santau apa yer..by the way hope you dah pulih.

udin berkata...

hurm.. sampai bila la amalan khurafat ini akan berlarutan...

Nora Shahaira berkata...

teringat masa mude remaje dulu..emak pesan kalo kita terdetik mcm ada org nk nk kenakan kita, terus kita berdoa mtk dijauhkan..insyaAllah tak menjadi buatan itu. tp bab sihir santau ni memg bahaya..boleh bawa maut..

Nenek Kebayan berkata...

Nenek lg tensen... nenek rasa nenek ni sihat je.. tp diorang tu balik2 ckp nenek "sakit", ada hantu dlm bdn la.. itu la.. fed up nenek. Nt pi komen kt blog nenek ya..nenek perlukan pandangan.