My Instagram

RODA MEMANG BULAT TAKDE BENTUK LAIN.

Slot cerekarama yang apa tah tajuknya tapi moral of the cerekarama yang amat membuat kita akui yang hidup ini memang benarlah umpama roda. Roda yang bentuknya bulat, bergolek macam mana pun tetap akan bertemu semula the starting point. 

" Iman tak diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa, Ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai.."

Ceritanya seorang ayah yang merupakan pakar motivasi tersohor tetapi apabila salah seorang anaknya terjebak dengan dadah, si ayah tidak dapat menerima hakikat anak yang menjadi harapan dan kepercayaan keluarga, tersilap langkah. Memang agak sukar bagi sesebuah keluarga menerima semula ahli keluarga yang juga merupakan bekas penangih dadah walaupun penagih tersebut telah benar-benar insaf. Disinilah semangat dan jati diri seseorang perlu kuat agar tidak kembali untuk melakukan kesilapan yang sama untuk kali yang kedua.

Memang agak sukar, tanpa sokongan keluarga, diri di benci dan di hina, malah ada yang dipulaukan. Hanya mereka yang benar-benar kuat semangat mampu bangun semula dari kesilapan silam. Kesian pada mereka-mereka yang tidak langsung diberi peluang kedua oleh ahli keluarga untuk membuktikan bahawa mereka telah insaf dan berubah. Ehm...

Kepada yang suka pandang hina, ejek malah perli-perli family orang lain yang ada masalah penagihan dadah, masalah suami orang tu kahwin lain, masalah isteri orang tu terlibat kes rasuah dan lain-lain masalah, please stop it.

Kena ingatkan diri sendiri, roda itu bulat. Mana tahu esok lusa kita pula akan diuji dengan ujian yang suatu ketika dulu kita sendiri tidak pernah terfikir akan di uji sehingga sebegitu sekali.

Lebih baik kita doakan agar sipolan sekeluarga diberi jalan keluar oleh Allah terhadap masalah yang sedang mereka hadapi. Siapa tahu mereka ini mungkin telah teraniaya atau punya sebab tertentu ketika mereka mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian.


Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!