My Instagram

RAHSIA ROS, UBAT SEGALA PENYAKIT BAHAGIAN AKHIR


Salam sejahtera buat semua. Seperti yang saya janjikan, berikut adalah sambungan kepada artikel Rahsia Ros, ubat segala penyakit.

Haruman bunga ros sebagai penawar penyakit yang digunakan meluas di dalam perubatan Islam silam, dimana kekuatannya? Kaedah ini juga dinamakan sebagai terapi wangian atau orang sekarang panggil aromaterapi.

Patutlah fikiran terasa tenang, damai dan syok saja bila dapat menghidu bunga ros. Rupanya minyak bunga ros, menjadi asas pada kompenan penawarnya.

Ia meransang dan mengharmonikan sistem pertahanan badan dan sistem saraf.

Ia juga meningkatkan aktiviti kelenjar endokrin, menghilangkan masalah sclerous pada organ dan memperbaiki sel.

Minyak bunga ros sangat baik untuk saluran penghadaman kerana ia boleh menjadi penawar yang paling berkesan kepada membran mukus. Ia juga boleh menentang bakteria dan mengatasi masalah proses penghadaman di dalam perut dan usus kecil.

Kelopak bunga ros mengandungi vitamin C, karotena, kumpulan vitamin B dan K, kalsium dan kalium. Kalium sangat penting untuk mengekalkan aktiviti normal jantung. Kandungan tembaga di dalamnya menggalakkan haemopoesis dan meningkatkan aktiviti kelenjar endokrin. Iodin didalamnya bagus untuk kelenjar tiroid.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Boris Vasilyev,doktor sains perubatan dari Amerika Syarikat, bakteria akan mati dalam masa 5 minit apabila tersentuh kelopak ros segar. Ini menjadikan bunga ros adalah penawar yang paling sempurna ciptaan Tuhan untuk merawat penyakit kulit.

Dari kelopak segar, hinggalah pada serbuk kering, semuanya ada kuasa penawar. Serbuk kelopak bunga ros yang dicampurkan dengan madu, adalah penawar paling mujarab untuk mulut radang, stomatitis (radang pada membran mukus mulut) dan paradontose. Campuran tersebut hendaklah disapukan pada gusi yang mengalami keradangan.

Pening kepala, mabuk, lemah tenaga, sistem saraf yang lemah, mudah terganggu emosinya dan kemurungan boleh dirawat dengan menghidu bunga ros segar ataupun minyak ros.

Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal.

Sumber artikel : Majalah Al Islam, April 2011. Dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan.

2 ulasan

Nora Shahaira berkata...

suka makan bunga ros sehari sekuntum dulu, masa tu emak tanam..cantik sepasu..dia punya marah..'habis bunga aku, tak cukup makan nasi ke'..bukan..dia sedap dan manis..yang seronok nya badan tak berbau dan muka tiada masalah..rupa2nya memang ada khasiat la bunga ros ni..ingat kan saja-saja bleh makan untuk hilang bau badan je..

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah dari perawat islam http://klinik-muallij.blogspot.com/