RAHSIA ROS, UBAT SEGALA PENYAKIT - Eiza GreenAppleKu

RAHSIA ROS, UBAT SEGALA PENYAKIT

Menurut kajian Dr. Boris Vasilyev, seorang doktor sains perubatan dari Amerika Syarikat, mandi dengan kelopak bunga ros adalah penawar yang paling sempurna untuk menentang masalah saraf. Amalan ini boleh mengembalikan keanjalan kulit, awet muda, menghilangkan kebimbangan dan menghaluskan kulit.

Serupalah dengan mandi bunga yang diamalkan oleh orang Melayu untuk menaikkan seri wajah dan awet muda. Mandi bunga itu sendiri sudah cukup dalam rahsianya tanpa perlu ada jampi, mantera atau serapah yang karut marut.

Caranya cukup mudah, tuangkan air panas ke dalam mangkuk kemudian tambahkan setengah mangkuk kelopak bunga ros. Tutup mangkuk itu rapat-rapat supaya haruman minyak wangi dari ros itu tidak keluar. Selepas itu barulah curahkan ke dalam air mandi. Air rendaman bunga ros adalah penawar paling berkesan untuk menghaluskan kulit. 

Di negara yang panas seperti Malaysia, lebih baik gunakan air sejuk atau air paip biasa yang dicampurkan dengan kelopak bunga ros. Air sejuk adalah alat penyerap atau perakam yang sesuai untuk dijadikan sistem penghantar tenaga yang cepat ke sel yang jauh dan menyeluruh.

Lagi rahsia bunga ros akan saya kongsi dan dedahkan di artikel akan datang. Credit to Majalah Al Islam, keluaran April 2011 kerana pendedahan sebenar rahsia bunga ros tanpa perlu jampi serapah yang karut marut. Sesungguhnya setiap kejadian dan ciptaan dari AllahSWT ada kegunaan dan manfaatnya.

Hendak pergi memborong bunga ros dan mandi bunga. Huhu.. 


4 ulasan

Jejaka Terhangat berkata...

org bese mandi bunga drpd 7 jenis bunga..tp ni mandi drpd bunga ros je dah cukup. hehe..info yg baik..=)

GreenAppleKu.com berkata...

Ye..bunga ros pun sudah memadai.

manjeamusyuk berkata...

tgh imagine bau bunga ros...fuhh best!

W berkata...

thanks 4 info. w stiap 3 hari beli ros hidup letak atas meja office, tapi tak tau lak kbaikan dia smpai cmni. <3

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.