Petikan tulisan Ridhuan Tee di blog beliau yang mana entrinya bertajuk Akhbar mana yang betul ada kena mengena dengan tajuk entri saya kali ini, tetapi sebelum itu layan dahulu petikan entri Ridhuan Tee,

Pada golongan ultra ini, percampuran sekolah ini akan menyebabkan bangsa mereka ‘cair’. Mereka tidak mahu menjadi Cina pisang (Chinese Banana), di luar nampak macam Cina, tetapi di dalam tidak serupa Cina. Mereka mahu menjadi seperti Cina di negeri Cina. Orang seperti saya, Profesor Khoo Kay Kim dan Profesor Teo Kok Seong tidak diterima, kerana jatuh dalam kategori Cina pisang. Pisang pun pisanglah, tetap menjadi rebutan, harganya pun sekarang mahal, khasiatnya pula tinggi. 

Apa guna menjadi tidak pisang, kalau hadirnya kita membebankan dan menyusahkan orang lain. Buatlah perbandingan, mana ada sistem sekolah dalam dunia ini seperti Malaysia. Toleransi kita teramat-amat tinggi. Tidak ada tolok bandingnya. Itupun masih lagi tidak bersyukur. 

Kita hanya pandai mengajar (to teach), tetapi bukan mendidik (to educate). Sedangkan dalam pembelajaran, mengajar dan mendidik tidak sama. Mengajar mudah, mendidik agak sukar. Mendidik melibatkan unsur-unsur emosi dan pengorbanan. Sedangkan mengajar hanya sekadar menunaikan tanggungjawab menghabiskan silibus. 

Salah mengajar hasilnya kurang ajar, salah didik hasilnya derhaka. Ramai di kalangan kita ambil enteng dua perkara ini. Maka tidak hairanlah jika ramai yang kurang ajar kerana kita hanya mengajar bukan mendidik.

Ayat yang telah saya tebalkan di tujukan kepada mereka yang rasa diri hebat. Hebat tetapi menyusahkan orang lain memang tidak ada gunanya. 

Memandu dalam kesesakkan lalu lintas perlu ada kesabaran yang tinggi. Amat kurang ajar jika kita tiba-tiba memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang mengikut peraturan jalan raya. 

Sambil memandang sinis pada kenderaan yang berjaya anda potong barisannya terutamanya jika anda melihat pemandunya adalah wanita Islam bertudung, kenderaan anda bergerak kehadapan.

Peraturan memandu di mana situasinya dari dua barisan hendak bertukar ke satu barisan. Kena gunapakai sistem beri laluan kepada kenderaan dari kanan dan kemudian kenderaan dari kiri. Begitulah seterusnya. Secara berselang seli. 

Namun ada juga yang buta peraturan jalan raya. Memandu ikut suka hati dia. Dimana akhirnya berlaku satu kemalangan dimana kenderaan yang telah berjaya memotong kereta saya telah melanggar belakang sebuah van sebaik sahaja kenderaan tersebut berjaya berada di hadapan kenderaan saya. Ahaks!! Padam muka.

Keluarlah si pemandu kenderaan yang berketurunan Cina dengan muka bersalah  dan campur malu terutama ketika beliau terpandang saya.

What you give, you get back. Allah Maha Adil!!


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. I pon Cina pisang. Adik-beradik I semuanya Cina pisang. Ramai kawan-kawan I yang Cina pisang.

    Tapi I tak sokong cara si Ridhuan Tee nih. I tengok dia penuh dendam dalam hatinya, barangkali disebabkan dia banyak dikritik masyarakat Cina kerana tulisan-tulisannya yang anti-Cina... yang racist... sedangkan dia pon Cina jugak. Racist terhadap asal keturunan dia sendiri. Murtad. Kalau murtad senyap-senyap tak der saper yang kisah. Tapi dia lantang tak bertempat.

    Dia tak boleh samakan dirinya ngan Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Teo Kok Seong. Jauh panggang dari api.

    Harap Cik Greenapple jangan jadikan Si Ridhuan nih sebagai idola.

    Pengalaman yang Cik Greenapple paparkan dalam entri nih hanyalah kebetulan. Jangan dijadikannya isu racist. I sendiri pon pernah mengalami kejadian serupa. Ia tak memilih mangsa. Pemangsanya pulak tak mengikut bangsa.

    BalasPadam
  2. pandangan skeptikal org terhadap pemandu wanita. sebenarnya tak kisahlah sapa pun, yg penting kalau masing2 ikut peraturan takdelah terjadi kemalangan . men or women, both are tied to rules.

    BalasPadam
  3. @ Logorithm, tak sangka you pun Cina Pisang. I tidak jadikan Ridhuan Tee ini idola tapi i suka baca blog beliau, penulisan dan luahan beliau yang ada juga kebenaran iaitu realiti kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Amat tercabar hati dan minda ketika kita membacanya. Perlu membaca dengan fikiran yg terbuka.

    Kekadang, realiti kehidupan ini memang amat pahit utk kita terima terutama jika ianya terkait dgn isu kaum mahupun agama. Tapi itulah namanya realiti.

    Cuma dalam entri kali ini, i jadi mangsa....

    I juga banyak kawan2 berbangsa Cina. Mereka memang helpful dan amat bertolak ansur. Mereka terdiri daripada tauke car maintenance. Tauke kedai servis kereta dan tauke kedai cat dan ketuk kereta. Tahu sahajalah harga lampu kereta baru, mahal. Nasib baik kenal dengan tauke2 nih. Tapi satu jer mereka pesan. Keep this harga secret between us. Haha..

    Dah bertahun kenal mereka, sampai setiap kali hari raya tidak lengkap rasanya kalau mereka tidak datang kerumah berhari raya. Begitulah juga sebaliknya.

    Melayu ker, Cina ker, India ker, Lelaki ker, Perempuan ker semuanya sama sahaja. Ada yang ikut peraturan dan ada yang suka langgar peraturan.

    BalasPadam
  4. @ cik bunga, betul-betul, kenapa susah nak ikut peraturan. Bila dah terjadi sesuatu, menambah lagi kepada kesesakkan yang sedia ada.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama