Antara sebab yang biasa di dengar,

" Sebab isteri pertama tidak izinkan saya berkahwin lagi. Dia tidak rela bermadu. "

" Isteri pertama tahu ker tidak yang Encik telah berkahwin lagi "

" Hemmmm..tak tahu."


Lagi sebab lain yang biasa juga didengar,

" Sebab keluarga tidak bersetuju dengan pilihan saya. Dia suami orang. "

" Sebab mak dan ayah tidak suka bermenantukan warga asing. Tapi kami saling menyintai. Salahkan jika kami ingin menghalalkan perhubungan ini."

" Sebab kami telah lama tinggal serumah dan telah terlanjur. Kami tahu gerak geri kami dalam pemerhatian jiran-jiran. Sebelum mereka buat report ke Jabatan Agama, lebih baik kami kahwin. Malu kalau kena tangkap basah."

Moral of the story, pada pendapat saya, tidak kira apa jua alasan yang diberikan, pihak perempuan iaitu wanita-wanita yang telah bernikah di sempadan Thailand ini berada di dalam situasi yang amat rugi. Pertama, jika perkahwinan gagal di daftarkan semula di Malaysia, anda tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan harta jika suami anda meninggal dunia kelak.

Untuk kes bermadu pula, hanya isteri pertama yang layak menerima pampasan dari SOCSO. Hanya isteri pertama!

Kehidupan selepas perkahwinan amat jauh perjalanannya. Segalanya berkemungkinan untuk terjadi. Buatlah pilihan dengan memikirkan kesannya untuk jangka masa panjang. Bukan untuk kegembiraan dan kebahagian yang sementara.

Ada satu kes perkahwinan di luar sempadan ni, walaupun pasangan suami isteri telah beranak-pinak namun kes mereka masih tertangguh kerana juru nikah yang telah menikahi mereka adalah juru nikah palsu!

Ehm..problem, problem..

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. as salam..
    oh..ada pro dan con..
    apa2 pun, pilihlah cara yang mudah =)

    BalasPadam
  2. bernikahlah dengan juru nikah yang sah dan pastikan perkahwinan direstui. Insyaallah, semuanya selamat..

    Latest Entri :
    Panas Sebab Banyak Dosa

    BalasPadam
  3. bila dah beranak nak daftarkan kelahiran anak jadi 1 hal lagi... karang sudahnya jadi maklumat bapa tidak diperolehi sebab sijil nikah tak sah.. tak ke haru??

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama