Salam persahabatan buat semua yang sudi singgah ke blog picisan ini. Selamat berniaga buat mereka yang sedang berniaga. Samada anda seorang usahawan sepenuh masa atau anda seorang usahawan separuh masa, saya doakan semoga apa yang anda usahakan beroleh keuntungan. Jangan terlalu risau mahupun stress, andaikata usaha untuk memajukan bisnes telah dibuat 100%, serahkan yang selebihnya pada yang Esa. Kalau telah di tentukan, itu adalah rezeki kita, ianya tetap akan menjadi milik kita jua.

Cerita seorang rakan yang baru menceburkan diri dalam bisnes secara sambilan ingin saya kongsikan bersama. Saya sokong niat dia untuk mencari rezeki tambahan bagi menampung tabung keluarganya. Tidak salah malah di galakkan. Yang tidak kenanya, semakin lama dia menjadi semakin taksub pada produk yang diniagakan. Pada mulanya, saya berfikir, ini mungkin tanggapan saya seorang. Tetapi bila ada yang datang mengadu pada saya, erk makna bukan saya seorang yang berasa tidak selesa. 

Setiap kali ketika saya borak kosong melepaskan tekanan ditempat kerja, dalam 10 perkara yang kami borakkan, 5 perkara dia mesti akan bercerita tentang perniagaan yang sedang diceburinya. Baginya, hanya dengan produknya sahajalah orang boleh berjaya. Bila produk yang diniagakan masuk majalah atau masuk iklan, lagi tinggilah rasa taksubnya terhadap produk tersebut. Ehm...

Dan sebagai seorang kawan, saya kenal siapa kawan saya itu sebelum ini. Satu kronologi siasatan telah saya fikirkan diminda mencari sebab kenapa ini terjadi kepada kawan saya itu. (lebih kurang macam CSI ler).

Semuanya kerana dia terpaksa mencari orang di bawahnya. Untuk kumpul modalnya semula. Dan ini juga berkait rapat dengan motivasi yang sering di berikan oleh senior-senior yang telah berjaya. Yang senior ni pun satu juga, mula-mula kata produk ini untuk kegunaan sendiri tapi apabila kita telah menjadi ahli, mereka akan brain wash minda kita untuk mencari orang bawahan. Erk, sebelum join cakap lain, bila dah join cakap lain pula.

Sedikit nasihat buat senior-senior ni, nak bisnes pun bisneslah tapi awas jangan sampai anda terlalu taksub dengan produk yang diniagakan. Kesihatan kita, akal kita, tubuh badan kita, rezeki kita malahan apa yang kita perolehi semuanya dari Allahswt. Tiada yang lebih hebat dari kuasaNya.

Jika Allah telah tentukan dan tetapkan anda seorang yang bijak dan berjaya, tanpa mengambil kelas tambahan pun anda tetap akan berjaya. Kenapa, sebab itu semua rezeki dari Allah. Bukan sebab anda perlu pergi ke kelas tambahan baru boleh berjaya!

Jangan terlalu taksub kerana risau jika taksub bertukar menjadi syirik.


9 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. hmm MLM ar ni yek? MLM ni, nak ikutkan memang boleh menjadi tapi masalahnya cara diaorang (upline dengan downline) guna salah!

    BalasPadam
  2. owh, btul tu..kdg2 boleh buat org hilang kwn (sbb tensen & bosan)

    Ada drama best.. http://manjeamusyuk.blogspot.com/2011/04/drama-2-pompuan-di-kedai-kopi.html

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas nasihat itu. Kadang2 dalam mengejar kekayaan dunia, kita terlupa untuk mengumpul kekayaan akhirat...

    BalasPadam
  4. betol2.. saya pun ada sorang kawan cam ni.. huhu

    BalasPadam
  5. @ akid, MLM tak salah, cara sesetengah org yg tak betul..

    BalasPadam
  6. @ manje, silap langkah memang boleh hilang kawan...grrr..

    BalasPadam
  7. @ sharif, kita perlu saling ingat mengingati termasuk utk diri saya sendiri...

    BalasPadam
  8. @ fathiah, awak buat apa kat dia fath..hehe..

    BalasPadam
  9. buat apa pun kalau terlalu taksub mengatasi Allah, mmg xleh kan.. heheh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama