Sesetengah lelaki mudah benar mengucapkan 'saya cinta awak'. Saya tulis sesetengah lelaki tau bukan semua lelaki. Bukan per, konfem saya akan terima komen yang panas jika ada yang salah faham menerima maklumat entri kali ini.

Saya cinta awak ataupun i love you, tiga patah perkataan itu sudah cukup untuk merubah kehidupan seseorang. Hidup ini terasa penuh makna. Bahagia tidak dapat digambarkan dengan perkataan. 

Yang muda akan mula bersemangat untuk mengumpul wang sebagai langkah seterusnya iaitu pelan perkahwinan. Dan yang tua pula akan terasa muda kembali. Buat si gadis, ehm..siapa yang tidak happy, kawan yang selama ini dianggap kawan, rupanya menyintai anda. OMG!! He love me.... 

Tetapi sejauh manakah maksud saya cinta awak itu, bermaksud yang si dia benar-benar menyintai anda? Ehm, konfem anda pernah terjumpa dengan spesis yang mudah sangat mengucapkan kata cinta. Bagi spesis jenis sebegini, saya sendiri tidak faham apa yang best sangat berkata cinta pada A, B, C, D dan seterusnya. Tidak adakah rasa bersalah ketika spesis ini mengucapkan kalimah tersebut? Seronok agaknya mempermainkan hati dan perasaan orang.

Nasihat saya buat spesis sebegini, walau apa pun tujuan dan sebab anda berbuat sedemikian, hentikanlah. Bawa bertaubat. 

Cuba bayangkan, pada suatu hari, anda menerima ucapan kata cinta dari seorang wanita secantik Lisa Surihani. Okay konfem dah dapat membayangkannya kan. Sure anda pun berangan yang anda ni Farid Kamil. Hehe..

Hari-hari yang anda lalui sudah seperti di dalam filem Lagenda Budak Setan. Bestnyer hidup bahagiannya hati. But one day, datang seorang bro menghadiahkan anda penumbuk sebab bercinta dengan aweknya!! Erk.. how do you feel guys? Sedap atau sakit?

Sedikit pesanan buat wanita dan begitu juga pada diri saya sendiri, jangan mudah percaya 100% dengan kalimah cinta yang keluar dari mulut lelaki. Just let the friendship goes on. Kalau memang telah di takdirkan itu adalah jodoh anda, ianya tidak akan kemana. Jangan ada pula sampai yang sanggup serah body, mind and soul sebagai bukti yang anda juga menyintai  sidia. 

Please, dont do that. Lainlah kalau selepas akad nikah.


" Just gonna stand there and watch me burn, that's alright because i love the way you lie, love the way you lie..."   


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. suka yang ini"just let the friendship goes on"
    bagi aku, mereka yang dok say i love u ini, selalu sngt ini, tak tau erti nilai ungkapan paling eksklusif dan limited edition ini...bagi aku...ungkapan itu trlalu eksklusif..bila dh tak de nilai..apa ertinya dihati...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama