Beduk Diketuk mengajak umat Islam menilai semula cara memandang sesuatu perkara, peristiwa atau kejadian. Pemikiran yang berasaskan tauhid (tauhidic mindset) sangat penting untuk memberi nilai kepada apa yang berlaku dalam dan di luar diri. Dan dengan nilai itulah terbentuknya sikap serta kelakuan. Apa yang kita ‘lihat’ menentukan apa yang kita ‘dapat’. Melihat dengan tepat dan betul adalah prasyarat untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.



Diatas adalah sedikit petikan buku terbaru hasil penulisan Pahrol Mohd Juoi. Amat setuju dengan petikan ayat di atas dimana pemikiran yang berpanduan tauhid perlu dalam menentukan adakah pegangan, kepercayaan, ikut-ikutan kita berada dijalan yang benar berpandukan hadis dan al-Quran.

Bukan pemikiran kita berpandukan guru yang peribadinya sendiri kita lihat seperti ada yang tidak kena. Memang tidak betul jika orang yang menjadi idola kita itu menyatakan sembahyang itu tidak wajib, menutup aurat tidak penting dan pelbagai lagi ajaran dan amanah baru yang di sampaikannya. Namun yang peliknya, ada juga pengikutnya!

Agaknya, memang benarlah sesetengah dari kita mudah tertarik dengan sesuatu perkara baru yang nampak mudah, senang, cepat dan lain dari yang lain. Contoh terdekat, umum mengetahui ramainya orang ditipu oleh skim cepat kaya tetapi pantang ada sahaja program yang sama misinya ( menipu duit orang ramai dengan menggunakan pendekatan baru) tetap akan mendapat sambutan hangat. 

Kita tahu ajaran sesat itu salah, tapi hampir setiap hari, kita dapat melihat dan membaca perkara ini tetap wujud dan tetap ada pengikutnya. Pelbagai pemahaman pelik di gunapakai oleh mereka ini. Kekadang terfikir juga diminda pengetahuan saya yang cetek ini, apa yang mereka ini cari sebenarnya ?

Moga buku di atas dapat dijadikan salah satu buku yang wajib ada dalam senarai buku di rak mini perpustakaan di rumah kita semua. 

p/s: Ilmu, semakin di perolehi semakin terasa ceteknya tahap pengetahuan saya..huhu..




1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. assalam :)

    ustaz parol tu mmg penulis dalam majalah solusi kan.
    Setiap isu yg dibangkitkan pasti menarik dan amat bguna utk mjadi panduan kepada umat islam masa kini.

    terima kasih atas perkongsiannya ye :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama