Ini adalah sambungan kepada entri SSM. Adatlah kalau kita berusuran dengan Jabatan mahupun Kementerian, kena tunggu giliran. Sementara menanti giliran saya tiba, gelagat isteri orang nih berjaya menarik perhatian saya. Saya duduk selang satu barisan betul-betul belakang pasangan tersebut. So, apa benda yang terjadi, it very clear view.

Setelah selesai si suami bertanya itu dan ini kepada pegawai SSM yang bertugas, dia pun kembali duduk di kerusinya untuk mengisi borang yang berkaitan. 

" Abang, abang, tengoklah gambar kita nih, ayang dah letak sebagai hias latar dalam handphone abang. Cantik kan."

" Hmm.." jawap si suami yang tekun mengisi borang. Mata masih tertumpu pada borang. Hanya mulut yang mengiyakan.

" Laaa, abang ni, tengok pun tak, tengoklah kejap, cantik kan gambar kita nih"

" Awak ni kan, awak tahu tak, pegawai tu tengah tunggu abang isi borang nih. Gambar tu tak kemana. Sebab inilah saya malas nak bawa awak tapi awak nak ikut juga. " si suami tetap meneruskan melengkapkan borang tersebut.

Saya lihat si isteri mula pandang kiri dan kanan. Mungkin malu agaknya. Tapi konfem satu bilik tu dengar sebab semasa si isteri tengah gedik nak tunjuk gambar mereka, volume dia memang niat nak kasi semua orang dengar!

Moral of the story, lain kali kalau nak ikut suami buat urusan di tempat-tempat untuk orang buat kerja, jaga tingkah laku, jangan gedik, sebab akhirnya diri sendiri juga yang mendapat malu.

Comel ker isteri orang tu, hem..tembam, baju dan seluar jenis melekat ke badan hingga menampakkan lekuk lemak dan bertudung sebab fesyen.


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Baru kawin kot atau suami dia tu hensem agaknya sebab tu dia mengada2.

    BalasPadam
  2. haha...agk2 jahat, ktwe jep tanpa rse bersalah.. bio dia malu. aish..org tgh sbuk, dia mngacau buat ap..huhu. xphm btul la pmpn nih.

    BalasPadam
  3. hihi...kelakar lah minah gedik.nak tunjuk2 romantik pun.agak2 la.jg lah tingkah laku wahai wanita...aduhh malu la

    BalasPadam
  4. setuju sangat..ramai pompuan zaman skrg bertudung sebab berfesyen, bukan niat kerana Allah,, dah la baju ketat gelemat,,kalau gtu, baik xyah pakai tudung..

    BalasPadam
  5. as salam..
    nk menunjuk2 tapi tak bertempat.
    haih.. kesian si suami..
    wah..pakai pakaian macam tu =_="

    BalasPadam
  6. hahahhahaa...mmg betul2 gedik xkena tempat! adehhh la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama