AMARAN! Artikel ini hanya untuk mereka yang bergelar WANITA. Ahakss..

Kata orang, sayang isteri tinggal- tinggalkan, tapi kalau sayang suami nak buat camna pula yer. Hendak di tinggal-tinggalkan juga ker? Sila hantar komen yer. kita kongsi pendapat.

Ada satu cerita yang saya dengar di radio IKIM. Cerita rumahtangga orang. Cerita tentang suami yang beristeri dua. Cerita tentang isteri yang dimadukan. Kenapa seorang isteri,  yang telah berpuluh tahun menghambakan diri pada seorang suami akhirnya dimadukan? Apa yang tidak kena, apa yang tidak cukup pada si isteri?

Apa reaksi anda, andai suatu hari nanti, anda mendapat tahu yang diri anda telah dimadukan. 

Oh my god!! Mana aku nak letak muka ni? Apa nanti jiran-jiran akan kata. Apa pula nanti ipar duai akan kata. Nak kata aku tak pandai jaga suami, tak juga sebab suami aku memang terkenal dengan sifat anti-poligami! Ehm..perempuan tu, ini mesti perempuan tu punya kerja. Jaga kau!

Itu antara kata-kata seorang wanita yang kuat semangatnya. Apa yang saya dengar di radio, adalah sebaliknya. Wanita ini pasrah. Namun pasrahnya membawa hingga ke akhir nyawanya. Bagi wanita ini, suami adalah segala-galanya untuk dirinya! 

Pesan penceramah agama buat semua wanita, sayang suami letaknya di nombor tiga dalam kehidupan kita. No.3! Bukan satu atau dua. No.3. Dan saya secara peribadi amat bersetuju dan sokong 100%. Sebab apa?

As human, no body perfect! Sebagai manusia, kita tidak sempurna 100%. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Begitu juga dengan insan yang bernama suami walaupun suami anda seorang alim ulama ataupun seorang VVIP. Mereka tetap manusia. 

Dan sebagai manusia, kita sedar dan tahu, suatu hari nanti nyawa yang Allah pinjamkan ini, akan diambil semula. Tetapi berapa ramai yang benar-benar dapat menerima realiti sebuah kehidupan. Anda pula bagaimana?

Beriman kepada Allah. Beriman kepada Rasul. Dalam rukun iman telah tertulis. Andai rukun ini digunapakai, insyaallah setiap masalah dan ujian yang hadir dalam kehidupan kita, kita akan redha.



11 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. situasi ni sama mcm situasi saya..duduk berjauhan dengan suami...

    kalau suami kawin lagi, tak tau lah perasaan tu...hilang semangat tuk hidup bersama lagi.....

    tapi mudah2an tak berlaku...

    BalasPadam
  2. Kepercayaan penting dlm hidup berumah tangga. Tapi ada hadnya,supya terjadinya sesuatu diluar jangkauan kita, kita tidak akan kecewa dan terus patah semangat.

    BalasPadam
  3. Kepercayaan penting dlm hidup berumah tangga. Tapi ada hadnya,supya terjadinya sesuatu diluar jangkauan kita, kita tidak akan kecewa dan terus patah semangat.

    BalasPadam
  4. realitinya...yg manis kita senyum menerima..yg pahit ada perit dan derita tuk di terima...

    BalasPadam
  5. @ Cikgu CT, jgnlah macam tu,jangan hilangkan semangat anda. Ingat, suami juga adalah 'pinjaman dari Allah'. Tiba masanya, dia akan diambil semula. Ujian dari Allah ini, datang dlm pelbagai bentuk. Terimalah ianya dengan hati yg redha. Dekatkan diri dengan Allah. mengadulah padanya. Insyaallah, aakan ada jawapnya.

    BalasPadam
  6. @ Roha, jangan percaya pada suami 100%. Tinggal 50% untuk diri sendiri. Andai suatu hari nanti terjadi perkara yang tidak diingini, kita tidak hilang semangat. Kita masih kuat untuk berdiri, berfikir dan meneruskan kehidupan. Manusia, tiada yang sempurna.

    BalasPadam
  7. @ bobiedanbad, kekadang yang pahit itu adalah penawar.

    Ubat kan pahit! Tak sedap tapi boleh menyenbuhkan penyakit.

    Terima kasih kepada yg sudi komen, sedang menanti komen yang seterusnya..

    BalasPadam
  8. ermm,,,tumpang lalu cni,1st time dtg,,entry yg wat nano trpk,,bile la nk kwin nie,,hehehhehe

    BalasPadam
  9. @ Nano, insyaallah, one day Mr. Right akan hadir dlm hidupmu.

    BalasPadam
  10. mna wnita yg suka dimadukan..eheeee
    dripada bermadu,lagi snggp bercerai kan..ermmm

    BalasPadam
  11. Thanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I am waiting for your
    next write ups thank you once again.
    Take a look at my weblog - best hemorrhoid treatment

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama