CUN JUGAK YER WARNA GREENAPPLE..

Merujuk kepada Utusan Malaysia (Klik), isu Pemandu Wanita Berbahaya heboh diperkatakan di Sidang Dewan Rakyat dan tidak kurang juga hebatnya di perkatakan oleh rakan-rakan di pejabat saya. Memang betul-betul kecoh. 

Yang group lelaki mempertahankan hujahnya, yang group wanita tetap menidakkan kenyataan tersebut. (Termasuklah saya hehe..)

Samada lelaki atau wanita, bagi saya kedua-duanya berisiko memandu secara berbahaya sekiranya memandu terlalu mengikut mood. Memandu perlu mengikut peraturan dan perlu ada sikap berhemah yang tinggi. Bukan itu suka hati anda ketika memandu!

Berikut kenyataan akhbar BERNAMA, 


Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.

Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.

Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. sy pemandu pompuan yang berhemah...pnh eksiden gara2 pemandu lelaki..sekian!..hahah

    BalasPadam
  2. @ nadie, betul2, kita ni pemandu yg berhemah, org lelaki yg selalunya ter over yakin..hehe..

    BalasPadam
  3. jumlah kemalangan ni paling tinggi di kalangan penunggang dan pembonceng motorsikal. Jika ikut pemerhatian saya, golongan lelaki adalah golongan paling ramai menunggang motorsikal berbanding wanita. Sebab itu lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan...

    BalasPadam
  4. saya tag kamu di entry..
    mari lihat ;)
    link:
    http://quraishahir.blogspot.com/2011/03/5-blog-yang-paling-kerap-dilawati-2011.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama