NAK BISNES PUN BISNESLAH TAPI JANGANLAH KUTUK BISNES ORANG.. - Eiza GreenAppleKu

NAK BISNES PUN BISNESLAH TAPI JANGANLAH KUTUK BISNES ORANG..


Salam ceria buat anda semua. Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kepada yang kurang ceria tu, pergilah cari sesuatu untuk menceriakan kembali diri sendiri. Ehm..dah macam menulis karangan untuk subjek Bahasa Melayu ler pula. Ahaks..

Nak tanya anda semua sikit nih. Pernah tak anda di lamar untuk join venture bisnes? Tak pernah? Em, join bisnes MLM pernah tak? Ada yang pernah, ada yang tidak juga ni.

Nih, sedikit nasihat buat mereka yang baru join dan terjun dalam dunia business. Baru hendak berjinak-jinak, mengenali bagaimana dapat meraih pendapatan lumayan andaikata korang dapat cari sejumlah manusia dan letakkan mereka di bawah korang. Dan begitulah juga seterusnya.

Saya tidak kata, MLM tu salah cuma janganlah terlampau taksub dek kerana semangat yang berkobar-kobar nak cari downline, mulut korang terlepas cakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Apatah lagi kalau korang siap kutuk-kutuk pula, kata bisnes orang tu tak best, bisnes koranglah yang paling terkini dan senang nak kaya. Kalau setakat orang yang anda kutuk tu kecil hati, terasa hati, buat dono kat korang..tu kira okaylah juga. Kalau orang tu tangan-tangankan korang dek kerana lazernya mulut korang, memang padan muka korang!

Gunalah cara lain yang lebih berhemah untuk memulakan bicara. Elakkan membuat perbandingan dengan apa yang orang lain tengah usahakan. Lain orang lain minatnya. Begitulah juga dengan bisnes. Mungkin orang tu tak suka gunapakai konsep MLM sebab dia suka gunapakai konsep TRADING, ataupun konsep BORONG.

Walau apa pun konsep korang, matlamatnya cuma satu, nak untung. Nak untung kena pandai main marketing. Ilmu marketing ini, ada 1001 cara.

3 ulasan

storyfromme berkata...

tak baik tutup periuk nasi orang lain.kita sama-sama cari rezeki.

toyolkiut berkata...

betul..
TK amat setuju..
bersaing secara sihat, usaha jngn sekerat jalan..
teruskan..

GreenAppleKu.com berkata...

Mulut jangan lazer, hati kena ikhlas..baru sukses..

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.