" Rama-rama aneka warna
Sungguh cantik dipandang mata
Hisap madu didalam bunga
Tapi sayang hidup tak lama.."

Tapi sayang hidup tak lama.... kesian juga kepada rama-rama yer. Sudah itu fitrah kejadian si rama-rama. Rama-rama a.k.a butterfly tidak punya banyak pilihan dalam hidupnya. Syukur kita tidak tercipta untuk menjadi rama-rama. Syukur, alhamdulillah!

Manusia adalah seindah-indah dan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Kita di kurniakan akal untuk berfikir serta merancang perjalanan hidup kita. Hari ini, kita buat pilihan hendak memakai shirt berwarna pink. Esok hendak pakai jubah warna hijau apple. Pilihan ditangan anda.

Disebabkan kebebasan untuk membuat pilihan, ada juga yang sengaja membuat pilihan untuk melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang Malaysia apatah lagi agama. Rata-rata, mereka yang tersalah memilih ini, menjadikan alasan 'keadaan semasa' penyebab mereka jadi begitu.

What the ...... Kenapa perlu disalahkan keadaan. Bukankah pilihan itu terletak di tangan kita? Terjah blog Bersama Mazidul; artikelnya berkaitan pilihan yang dibuat oleh manusia. Pendapatan 'runner', RM10 untuk satu tiub x 200 tiub = RM200 sehari. Ini pendapatan untuk sehari, kalau sebulan? Agak lumayan tapi jangan buat kerja yang senang ini sebab risiko yang bakal ditanggung langsung tidak berbaloi!


Ini juga mungkin menjadi salah satu punca kenapa negara Malaysia terpaksa mengambil pekerja dari negara luar. Segelintir rakyat Malaysia lebih suka memilih kerja 'senang' ini. Tidak perlu menahan panahan mentari jika bekerja di sektor buruh binaan mahupun sektor pertanian. Tidak perlu rosak kulit tangan bermain dengan buih sabun sebab bekerja di restoran sebagai tukang cuci pinggan mangkuk.




Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama