Menyayangi anak-anak, mengasihi anak-anak, jangan ada peratus diberikan untuk setiap anak. Yang berjaya lebih sedikt peratusnya. Begitu juga, yang bongsu terlebih sedikit manjanya. Yang sulung terasa hati, yang tengah memendam perasaan. Umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Sekali ia meletup, hancur tuan punya badan dan mungkin jua mereka yang berada dekat dengannya.

Kepada yang belum mempunyai cahaya mata, jangan anggap ini tiada kena mengena dengan kalian, sebab suatu hari nanti, jika diizinkan tuhan, semua orang yang telah berkahwin, kepingan mendapatkan zuriat.

Kita letak ketepi manusia yang buang anak setelah mendapat anak. Kepada yang bertahun berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak, hanya mereka yang mengalami tahu betapa sengsaranya menanti detik itu.

Menyayangi anak kena sama banyak peratusnya. Jika si bongsu mendapat dua, yang lain pun patut mendapat dua juga. Ini baru adil. Anak rasa dihargai dan disayangi. Tidak semua anak mempunyai personaliti yang sama. Terima mereka seadanya di samping kita sebagai ibu bapa berterusan memberi tunjuk ajar agar mereka menjadi anak yang berjaya mengikut personaliti dan kebolehan mereka.

Jangan menjadi ibubapa yang hanya berkata, 

" Mana ada, saya sayang sama adil setiap anak saya "

Namun apa yang diperkatakan tidak selari dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga itu. Sayangilah setiap anak dengan pembahagian kasih sayang yang sama rata. Agar tidak ada yang merasa jauh hati dan memendam rasa kerana ketidak adilnya ibu bapa dalam memberikan kasih sayang.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama