JEJAKA MACHO YANG HAMPIR HANCUR.. - Eiza GreenAppleKu

JEJAKA MACHO YANG HAMPIR HANCUR..



Pernah dengar ungkapan ini, ‘life begin at 40’. Entah kan betul atau tidak ungkapan tersebut. Tapi berdasarkan pembacaan serta cerita dari rakan-rakan, seperti secara kebetulan pula ungkapan tersebut, ada juga benarnya.

Ada satu cerita. Cerita seorang lelaki, Jejaka Macho (nama samaran) yang sudah berkeluarga. Keluarganya aman damai serta bahagia. Jejaka Macho seorang ahli perniagaan yang berjaya lagi disegani. Anak-anaknya pula, semuanya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Memang keluarga ini layak untuk di jadikan sebagai keluarga contoh.

The story begin, ketika Jejaka Macho menghadiri satu mesyuarat pra tender dan di situlah dia telah bertemu semula dengan rakan se’universiti’ ketika mereka sama-sama belajar di luar negara. Red Rose (nama samaran) terkejut dan tidak sangka, Jejaka Macho yang dahulunya Red Rose ‘reject’ cintanya, kini seorang SOMEBODY!

Dari pertemuan sebagai rakan biasa, bertukar kepada rakan niaga. Kekerapan bertemu sebagai rakan niaga mula membuahkan kemesraan. Dan apabila kemesraan telah bertukar menjadi rindu..ehm..akhirnya Jejaka Macho berkahwin untuk kali yang kedua. (Walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan isteri pertama).

Disana menanti, disini menunggu. Sejak beristeri dua, haru biru kehidupan Jejaka Macho. Bertambah ribut ketika isteri pertama (Red Mama) mendapat tahu yang dirinya telah dimadukan. Naluri seorang isteri, memang selalunya tepat. Percayalah. Itu satu keajaiban yang ada pada seorang isteri.
Red Mama beri kata dua, kalau pilih disana, ceraikan dia. Kalau pilih disini ceraikan disana. Sungguh konspirasi betul!



Red Mama tidak membenarkan Jejaka Macho berjumpa dengan Red Rose. Panggilan telefon di pantau. Pergerakkan Jejaka Macho di ‘GPS’. Kotak meter pada kereta juga telah di set. Kalau terlebih km, alamat tahan telingalah dengar tarbiah, ceramah, motivasi dan pidato Red Mama.

Kepada Red Rose, Jejaka Macho minta bersabar sepanjang ‘perintah berkurung’ yang dikenakan terhadapnya walaupun telah sebulan mereka tidak dapat bertemu. Rela dalam terpaksa Red Rose bawa bersabar walaupun telah masuk bulan yang kedua. Sabarnya Red Rose walaupun hanya dapat berhubung dengan suami melalui chit-chat difacebook!

Em..agaknyalah apakah kesudahan kisah mereka yer?


Nota : You all better be aware when ‘life begin at 40’. Ahaks..

6 ulasan

Jejaka Terhangat berkata...

errkk, apa yg Jejaka Macho perlu buat. ceraikan salah satu ke? bleh plak berkahwin tanpa persetujuan bini pertama ek. pelik..

GreenAppleKu.com berkata...

Kalau berkahwin kat sempadan a k a luar dari Malaysia, boleh jer.. Tapi kena daftar semula di Malaysia dan ini bukan satu proses yang senang. Byk prosuder yg perlu di patuhi.

Tapi kalau hati dah suka, lautan dalam sanggup di renangi..hehe..

my name is Yana berkata...

kalau jejaka macho betul2 berkahwin sebab poligami yg disyariatkan oleh islam kenalah bijak dan berhemah..hati wanita lama2 kan lembut jadinya,hidup bermadu bukan mudah..ada yg mula2 benci-membenci lama2 jd sayang sebab yg muda jaga isteri tua masa sakit...ada juga mula2 semua okay dah tua2 pulak masing2 tunjuk taring...lelaki kan nakhoda kenalah pandai nak handle isteri semua...nk cawangan lebih,cabaran lebih,sabar lebih..harap2 kisah ni happy ending lah yer seperti semuanya berdamai pergi menunaikan haji mencari keredhaan dan cinta Illahi...oppps terpanjang pulak celoteh saya....hehe,Terima kasih tuan tanah...

GreenAppleKu.com berkata...

Sama-sama Tuan komen..hehe, Yana..ada hikmah yg tidak tercapai dek akal kita di sebalik setiap ujian yg Allah beri.

Misz Nadea berkata...

wah..................... no komen leh tak

GreenAppleKu.com berkata...

Boleh ajer nadea..at least today kita sama2 tahu sesuatu..hehe

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.