FACEBOOK SEBAGAI ALBUM GAMBAR MAYA




Lokasi : Kompleks membeli-belah JUSCO..
Mood : Window Shopping..jalan-jalan, tengol-tengok..(kes gaji belum masuk..)

" Hei...ini Lisa kan, waa.. semakin berseri-seri awak sekarang yer. Apa rahsianya." happynya Shca terserempak dengan Lisa, kawan semasa sekolah menengah dahulu.

" Rahsianya, Inner Shine jer..haha" ketawa Lisa setelah meniru iklan pelakon Maya Karim.

" Wa, layar buruk tetap tak berubah nih. So, life  awak camna? Okay ker? "

" So far setakat nih, alhamdulillah everything okay, by the way, aku baru balik dari Japan. Kalau nak tengok gambar aku kat sana, go true fb (facebook) aku yer. Aku dah upload semalam."

" Bestkan facebook nih. Dah tak payah guna album gambar dah. "

Ada pelbagai kemudahan yang boleh kita perolehi melalui FACEBOOK. Pada pendapat saya, FACEBOOK saya gunapakai sebagai diary maya saya. Segala kisah kehidupan yang lalu dan terkini, boleh rakan-rakan ketahui melalui FACEBOOK. Kalau rindu hendak bersembang-sembang dengan rakan, FACEBOOK adalah kemudahannya. Menjimatkan masa dan kos. Perhubungan yang jauh beribu batu kini berada di hujung jari. 

Nak lihat penampilan terbaru rakan yang telah lama tidak kita temui, FACEBOOK juga albumnya. Kalau dulu, nampak poyo jer tapi sekarang, waa mengalahkan artis kawan kita nih. Kalau dulu penampilan brutal gila, sekarang sudah manis bertudung litup.

Namun biarlah gambar yang ingin kita upload kan itu tidak terlalu peribadi. Lebih baik gambar yang menutup aurat. Bukan apa, saya pernah melihat sesetengah orang nih, sampai gambar berbaju tidur nipis yang hampir menampakkan susuk tubuh tu pun nak letak dlm FACEBOOK! Dah ler tu, mereka ini punya posing..memang menggoda kaum adam. Apa motif korang nih!!

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya ter'add' fb seorang guys nih. Yang tidak bestnya, bila saya go true album photonya, dia banyak simpan gambar-gambar wanita beraksi panas. Mental orang nih. Terus saya delete dia sebagai rakan fb. 

Pesanan kepada kaum wanita semua, fikir dahulu sebelum nak upload gambar aksi seksi anda ke dalam FACEBOOK. Manalah tahu, one day orang yang mental nih terserempak dengan anda dan terjadi pula perkara yang tidak diingini, nak disalahkan siapa yer ? Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini.


Nota ; Lama tak dengar lagu Flop Poppy. 

Dan telah ku nyanyikan kau lagu cinta..seindahnya sinar mentari seanggunnya sinar rembulan..lalala.. 



Ulasan

rohaadam berkata…
saya memang suka upload gmbr di FB,esp gmbr anak2.Betul tu,kalau nak upload pun..biarlah gmbr yg nampak sopan...tak payahlah nak dedahkan semua yg terlalu peribadi .
Atsuko Ichirou berkata…
salu laki yg bnyk upload gamba aksi panan pompuan...
tapi klu pompuan tu tak dedahkan aksi pnas dorg, mane yg laki tu boleh dpt,kan??
PidaSanglang berkata…
erm sama la kak cik saya pun anggap FB cam album cuma kena make sure pic nak nak post tuh ...bak kata rohaadam dlm keadaan sopan..nanti kita add kak cik ye

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'