CARA UNTUK MENGETAHUI APAKAH SKILL YANG KITA ADA UNTUK MENJADI KAYA

Klik lagu kesukaan saya dan mana tahu anda jua..




Siapa yang tidak mahu menjadi kaya kan. Kalau tanya kat budak sekolah sekarang pun, mereka pun dah tahu apa bestnya menjadi kaya. 

" Kalau saya kaya, saya nak beli mainan banyak-banyak ler kak. Nak penuhkan satu almari dengan mainan."

" Saya nak buat mini perpustakaan kat rumah. Nak beli novel! "

" Saya nak makan aiscream setiap hari. Kalau kak nak, saya boleh belanja kak."

" Saya nak beli laptop. Nak buat blog. Jadi blogger."

Itu adalah antara jawapan saya perolehi hasil dari pertanyaan saya kepada budak-budak sekolah rendah. Jawapan yang penuh visi dan wawasan.

Kata-kata motivasi dari seorang Ustaz, means a lot to me.

" Titiplah pada AllahSWT, mohon petunjuk darinya, bakat apakah yang telah dikurniakan pada kita. Dan dari bakat tersebut, dapat kita gunakan untuk menyara kehidupan dan siapa tahu dengan bakat tersebut juga mampu menjadikan kita kaya.

Jangan malu dan rajin-rajinlah untuk memohon petunjuk dariNya. Insyaallah jawapanNya akan anda perolehi.

Hadirlah ke program apa sekalipun namun ianya tidak dapat merubah ketentuan punca rezeki yang telah Allah tentukan untuk setiap hambanya. "


2 ulasan:

  1. betul..
    bakat perlu di asah..
    pengalaman jg penting..
    sgalanya perlu untuk jd kaya..
    wang tidak jatuh dari langit..

    BalasPadam
  2. Bakat dan pengalaman bukan boleh di beli kan...

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!