ARMAGEDON, BUKU WAJIB DI MILIKI..



RM31.50 (PTS BOOK)


Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

GreenAppleKu : Dah dapat gaji, lunch time nanti nak pergi POPULAR. Kepada sesiapa yang dah baca, sharelah dengan saya tentang buku nih.


7 ulasan:

  1. info yang bagus di kongsi cik green appleku.. =)

    BalasPadam
  2. menarik ni. boleh la ella gi cari pasni.

    BalasPadam
  3. Buku nih, dah lama ada dipasaran. Tadi saya dah pergi cari kat POPULAR, tinggal 1 naskah jer. Yang nak beli 3 org. Lastly kami beri peluang pd sahabat saya yg tgh membawa budak. Karang keempunan pula baby yg dikandung sebab tak dpt baca buku..hehe..

    Esok misis mencari buku kedai lain.

    BalasPadam
  4. penah baca buku neh..sangat bagus..:)

    BalasPadam
  5. Wa,,,,GA...nak cari jugak la..

    BalasPadam
  6. @alyaaboolat, comel ler nama awak ni..secomel orgnya, sharelah apa crita buku tu ngan kami semua

    BalasPadam
  7. @ Nora Shahaira, kalau awak dah dpt beli, share ngan kitaorg yer..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!