Wajahnya sesedap mata memandang. Tidak hensem sangat. Tapi punya sepasang anak mata berwarna ‘light brown’. Kata orang, dari mata turun ke hati. Betullah agaknya yer. 

Suatu petang, lokasi di ‘Coffee Bean’. 

“ Waaa..you beli chocolate cake kegemaran i. You memang tahu apa yang i suka yer.” Gedik Maya, tidak sabar hendak makan kek tersebut. 

“ You suka kan.” tanya Hero lagak macho. 

“ Suka. Suuuukaaa sangat.” Maya menyambut piring kek yang dihulurkan kepadanya. 

“ Itulah tandanya, i sayang pada you. Anything for you dear.” 



Tet..tet..tet.. 



Dengan penuh ketenangan, Hero membaca message yang baru sampai. Maya sedang leka menjamah kek chocolate tersebut. Memang dasar hantu kek! 

( Yang, jadi ker tak malam ni kita tengok wayang?) sms dari Lisa. 

( Ada i cakap tak jadi ker, mestilah jadi. Malam nanti i ambil you. Dress up lawa-lawa, makeup comel-comel tau. See you later, i tengah meeting nih) reply dari Hero. 

( As you wish dear. Muahhhh..) 

“ Sms dari siapa tu Honey.” Tanya Maya yang masih mengunyah kek. 

“ Adik i, dia minta tolong i belikan novel terbaru Syarifah Abu Salem. Lepas makan ni kita ke MPH kejap yer.” 

“ Okay, i pun nak satu. Kata kawan-kawan i, best tau novel terbarunya.” 



Usai menghantar Maya pulang ke rumah, Hero terus memandu pulang ke rumahnya. Dilaman mini rumahnya kelihatan Tina sedang menyiram pokok bunga. Setiap petang, begitulah rutin Tina. 

“ Hai isteri kesayangan abang, penat ker siram pokok bunga nih?” di peluk mesra Tina dari belakang tanda sayang. 

“ Abang nih, janganlah. Malu Tina kalau-kalau nampak dek jiran kita.” 

“ Alah, nak bermesra sikit pun tak boleh. Menu apa minum petang nih.” 

“ Mee Kari kegemaran kita. Ada tak novel yang Tina nak tu ?” 

“ Ada sayang. Jom kita makan. Tak sabar rasanya abang nak merasai kesedapan mee kari yang sayang masak. Em..Tina, malam ni abang mungkin balik lewat sikit. Kalau diskusi habis awal, abang janji, abang akan balik awal. Janji.” 

Di cubit mesra pipi Tina, seorang isteri yang amat sempurna dimatanya. Cantik, bijak, dan yang paling penting seorang isteri yang soleha. Hero tahu, Tina amat mempercayainya. 

“ Tak apalah abang. Tina okay jer. Lagipun mana Tina ada masa untuk abang kalau dah mula pegang novel baru.” Gurau Tina. 

“ Aik, semacam jer gurau Tina nih.” 



GreenAppleKu : Memang dasar si Pencinta Wanita. Tamak dan tidak pernah rasa cukup. Menipu, cakap bohong dan curang telah sebati dalam diari hidupnya. Tidak ada rasa bersalah langsung kerana baginya apa yang dibuatnya adalah atas dasar rasa cinta dan sayang yang mendalam! 

Pernah dengar pepatah nih, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. 

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. jangan kecewakan hati wanita kerana anda takkan tenang selamanya.

    BalasPadam
  2. ni namanya sayang tak agak2..melampau putar belit..

    entry baru dari abang : List Lelaki Jijik

    BalasPadam
  3. siapa Lisa?siapa maya?kalau tina itu isteri mamat tuh..?

    kira madu 3 lar nih ek..manthab.

    selingkuh itu menutup kebosanan pada satu pihak tapi menutup hati pada satu pihak lain..

    BalasPadam
  4. itu buktinya...baik macam mana seorang isteri itu belum jaminan untuk lelaki setia kepadanya...nauzubillah..nak share cerita...ye..?

    p/s: selalu datang tapi tak drop komen, al kisahnya nak jadi cerita, ade je halnya..lembab, bebudak ni buat hal, tak boleh nak komen..jgn terasa ye..tak lupa GA

    ok, nak baca entri lain pulak..

    BalasPadam
  5. @ ghost writer, Lisa dan maya tu girlfriends Hero. Hanya Tina satu-satunya isteri Hero. Nak isteri yg soleha, baik budi pekerti, setia tapi diri sendiri hancussss....

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama