Ibunda's Delight

Rabu, 16 Februari 2011

PUTUS CINTA? PUTUS ASA? BERSABAR!!... CAKAP SENANG LA..

imgres.jpeg

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada bantuan

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiran mu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa

Ya Allah
Hindarilah daku dari tersasar
Tunjukkan daku jalan yang benar..

NOTA : Kembalilah kepada AllahSWT kerana hanya DIA Maha Memahami. Even your best friends or your couple tidak dapat memahami anda dengan sebenarnya. Di saat cinta sesama manusia membawa kehancuran, ingatlah Allah sentiasa bersamamu. You are not alone!

Ketika awek atau pasangan anda dikebas orang, semak semula diri anda, mana tahu suatu ketika dahulu anda pernah mengambil hak orang lain. Hari ini anda terambil buku cerita rakan anda (dengan niat memang nak buat harta sendiri sebab kawan anda tu terlupa yang anda ada pinjam buku kat dia), esok lusa pula, buku cerita anda pula yang hilang. Hilang?



7 ulasan:

Jejaka Terhangat berkata...

btol cik GA kata..kalo cinta tak berjaya..tengok diri sendiri dlu sblm salahkan sape2..

Kembalilah, pada Yang Esa..Yakin Pada-Nya, panjatkan lah doa (suka part ni. :)

GreenAppleKu.com berkata...

Part yang satu tu susah orang nak terima. Orang susah nak terima takdir yg telah ditentukan ke atasnya. Bila kena uji, selalu nampak puncanya adalah si A dan B. Diri sendiri lupa nak semak..

Sesangat hargai komen dari JT.

manjeamusyuk berkata...

Betul tu...kne ingat selalu hanya Allah yg paling sayang pd kte. Dan jgn serahkan hati 100% kpd org lain kalau xnak kecewa teruk.

cik bunga berkata...

salam..

betul3.. sebab diri sendiri yang buat pilihan..

sy pun ada xperience kecewa dan lost sekejap. tp alhamdulillah masih dalam peliharaan Nya. Semoga Allah tidak melupakan kita walau sesaat...

Siti Hajar Masri berkata...

Allahkan ada..:)

Cik Kamoo berkata...

Betul GA. Saya sokong. Sllunya bila putus cinta...mmg kecewa giler [kenyataan] tp kita harus beri diri dan hati ruang utk renung kembali...ada hikmah atas setiap yg berlaku.

"Hari ini anda terambil buku cerita rakan anda (dengan niat memang nak buat harta sendiri sebab kawan anda tu terlupa yang anda ada pinjam buku kat dia), esok lusa pula, buku cerita anda pula yang hilang. Hilang?"


Bila kita ambil hak org, nanti org akan ambil hak kita. Tapi kalau org ambil hak kita...percayalah jika ia sebenarnya milik kita pasti Allah akan kembalikannya.

GreenAppleKu.com berkata...

Betul betul..suka suka..suka baca komen anda semua..make my life happy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...