Ahad, 6 Februari 2011

APA DAH JADI DENGAN MANUSIA-MANUSIA INI



Pengalaman seorang rakan menghadiri majlis pengebumian datuknya, wajar di 'entri'kan agar menjadi panduan dan renungan buat kita semua. Saya namakan kawan saya ni Lady Pink (nama samaran dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun.)


Lady Pink tidaklah rapat sangat dengan arwah datuknya tetapi sebagai seorang cucu, dia sekeluarga perlu memenuhi tanggungjawap terakhir kepada arwah datuk mereka. 


Mereka selamat tiba di rumah datuknya setelah 4 jam memandu di lebuhraya. Belum pun penat hilang, Lady Pink sekeluarga mula membaca yasin seperti yang dilakukan oleh sanak keluarga yang lain. Usai membaca, Lady Pink mengambil keputusan untuk mandi bagi menyegarkan semula badannya yang dilanda keletihan. Lady Pink berselisih dengan sepupunya (Lisa), mereka berpelukan sebab telah lama tidak bersua.


Lisa : Akak..nak kemana ni?
Lady Pink : Akak nak mandi kejap, letih sangat badan ni..
Lisa : Akak, apa kata selepas ini kita jalan-jalan ke Masjid India kejap. Dengar kata, ada offer menarik disana?
Lady Pink : (Bertuah punya budak, agaknya skru manalah yang dah tercabut dari kepala budak ni..) Em..tak kot, kak nak sedekah yassin, kau dah sedekah ker?
Lisa : Uzurlah kak..em..tak perlah, kak pergilah mandi dahulu, karang ramai lagi yang hendak mandi ni..


Setelah selesai segala urusan pengkebumian jenazah, rata-rata ahli keluarga sibuk mengemas dan menolong apa yang perlu kerana malam ini majlis tahlil akan diadakan. 


Lisa : Akak, nampaknya semuanya dah selesai, jomlah kita ke Masjid India.


Terkejut Lady Pink mendengar permintaan kali kedua Lisa. Tiada langsung riak sedih mahupun simpati diwajahnya dengan kehilangan arwah datuk yang tidak sampai sehari pemergiannya.


Lady Pink :Kau ni kenapa Lisa? Arwah datukkan baru sahaja meninggal. Sepatutnya kau menghormati dan mengambil iktibar. Ni tak, akak tengok kau..


Lisa : Alah, keluarga bini baru atok kan ada. Biarlah mereka uruskan. Lisa ni, kalau tak kerana mak dan ayah paksa ikut, tak kan Lisa nak datang. Dulu masa atuk kahwin kat sempadan dengan bini baru dia tu, ada dia terfikir bagaimana rasa isteri pertama dia? Apa anak-anak dan cucu dia rasa? Em..dah gatal sangat nak kat atok, ambillah.


Lady Pink beristifar panjang mendengar luahan hati sepupunya itu. Rupanya ada rajuk dan rasa terkilan yang belum selesai.


GreenAppleKu : Kepada lelaki-lelaki di luar sana, jika berhajat untuk berkahwin lebih dari seorang, pastikan anda telah mendapat persetujuan dari isteri pertama agar tidak ada keturunan anda yang 'makan hati' dengan niat anda tersebut.

1 ulasan:

Mas berkata...

ada juga cucu macam ni....sedih membaca cerita ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...