My Instagram

ANDAI DOSA BERULANG LAGI




Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar.......

P/S : Jangan mudah berputus asa, tekadkan niat untuk berubah menjadi hampa yang menyayangi AllahSWT dan Rasulnya. Motivasikan diri..aku boleh berubah, aku boleh menjadi yang lebih baik dari semalam. Setiap kali terfikir untuk kembali melakukan dosa..set dalam fikiran..Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui..walaupun anda rasa orang lain tak tahu tapi Allah tahu!

2 ulasan:

  1. Allah maha pengampun.
    Selagi bernyawa, Allah sedia menerima taubat hambaNYA.

    ^_^

    BalasPadam
  2. @ anizs, selagi pintu taubat masih terbuka, ambillah peluang tersebut, kita akan menemui betapa indahnya hidup yang berpanduan Islam. Tq for komen yer..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!