12 WAJAH DI PADANG MAHSYAR (PART TERAKHIR) - Eiza GreenAppleKu

12 WAJAH DI PADANG MAHSYAR (PART TERAKHIR)


Samada lelaki mahupun wanita, kita tidak terlepas untuk melihat wajah kita dicermin pada setiap hari. Melihat untuk memastikan penampilan kita nampak kemas, cantik, hensem, bergaya agar kena dengan agenda kita pada hari tersebut. Andai ada yang terkurang, kita masih mampu untuk betulkan mahupun tukarkan. Ini cerita di dunia. Lain pula cerita di akhirat kelak terutamanya di Padang Mahsyar kelak.

Barisan ke tujuh

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang berfirman: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.."

Barisan ke lapan

Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Allah SWT menjelaskan: "Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.."

Barisan ke sembilan

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar daripada mulut mereka. Allah SWT menegaskan: "Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual belimaka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.."

Barisan ke sepuluh

Diiringi dari kubur dengan bau yang busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu menggangu ketenteraman di Padang Mahsyar. Allah SWT menegaskan: " Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka  takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.."

Barisan ke sebelas

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api yang menyala. Allah SWT menyatakan: "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.."

Barisan ke dua belas (barisan idaman semua...)

Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih menegaskan: 

"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.."


1 ulasan

Solihin Zubir berkata...

uii... ngeri..
moga2 kita dijauhkan drp tergolong drp golongan tersebut..
nauzubillah...

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.