SENANGNYA DALAM HATI KALAU BERISTERI DUA..



"Seperti dunia Ana yang punya..
kepada isteri tua, kanda sayang padamu
kepada isteri muda, i say i love you.."

Siapa yang tidak pernah menonton filem madu tiga, angkat tangan! Maaf cakap, anda tergolong didalam manusia yang rugi. Sebabnya banyak pengajaran dan pembelajaran yang boleh kita perolehi dan gunapakai sebagai panduan untuk menempuh kehidupan ini. (Terutamanya kepada yang azam tahun ni, nak kahwin sorang lagi.)

Senangkah rasa didalam hati, seandainya beristeri dua? Terasa dunia ini, anda yang punya. Yelah, ada dua orang isteri. Bila selisih faham dengan yang pertama, ada yang nombor dua sebagai tempat bermanja. Dan begitulah jika sebaliknya. Bahagianya hidup...

Kita ketepikan mereka yang berkahwin lebih dari seorang disebabkan keadaan yang memaksa dan alasan yang cukup kuat sehingga orang berkata, " You memang patut berkahwin lagi, isteri you lari ikut Mat Bangla, kesian anak-anak you..tiada ibu tempat bermanja."

Apa yang hendak kita solusikan, mereka yang berkahwin dua atas sebab-sebab berikut :
  • Nak uji saham, laku ker tak lagi.
  • Kawan-kawan semua pasang dua, rasa tercabar pula. Drop my water face!
  • Pencinta wanita, tapi bukan buaya..(erk!)
Bulan pertama perkahwinan, anda masih mampu tersenyum bahagia. Pengantin barulah katakan. Bulan kedua, mula stress sebab isteri pertama mula syak, dirinya seperti dimadukan. Naluri seorang isteri, selalunya tepat.

Bila tembelang sudan pecah, ribut! Ke pejabat, ada pengawal peribadi (isteri pertama) ikut. Hari-hari dia setia menemani anda. Segala keluar masuk panggilan kena 'go true' dia dahulu. Merangkap Pembantu Peribadi sebab handphone di tangannya. Hendak di larang, risau jika di apa-apakan isteri kedua. Manalah tahu, di simbah asid ker. Kan dah tak comel isteri kedua anda. Orang tengah marah, macam-macam ada.

Isteri kedua, anda pujuk, minta bersabar dengan karenah madu. 

Suami : "Ayang, you kena banyak bersabar, kakak still terkejut dan tidak dapat menerima hakikat apa yang telah kita buat pada dia."

Ayang : "Memang ler I bersabar, tapi sampai bila. Dah sebulan you tak jumpa I tau. Nak call you pun susah. Ni mesti you call I guna handphone kawan you kan!"

Suami : " Eh..ayang ni macam tahu-tahu aje. Nak buat camna, kalau i pakai handphone satu lagi, konfem dia tahu. Lagi pun i tak nak ayang diapa-apakan. Ayang tahukan, kakak tu anak Jurulatih Silat Cekak."

Senangkah rasa didalam hati anda, jika berada didalam situasi mereka?


4 ulasan:

  1. haha..lelaki suka kahwin byk..tapi semua bajet mampu..padahal nak bg bini sorg makan pon lelah rasanya..pijaklah pada bumi yg nyata

    BalasPadam
  2. Kalau nak kahwin juga, kena jadi lelaki yang berani..face to face dengan isteri pertama. Bersedialah menghadapi segala kemungkinan.

    BalasPadam
  3. kalau yg terang2 minta?..walhal keperluan semua cukup..kesabaran hidup pun msh terkawal..pokok pngkal lelaki sekarang tiada motif perkahwinan..ubt batin pun da byk sekarang..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!