SEMALAM YANG 'HANGAT'

Apabila kita keliru hendak membuat pilihan, kembalilah kepadaNya.

"Eh..awak ni, apa punya ketinggalan zaman lah. Sekarang ni, kes bercinta dengan suami atau isteri orang perkara biasalah. Normal. Setakat suami orang ada skandal dengan isteri orang, ehm.tu semua bukan perkara baru. Orang lain buat, okay jer." Ego sekali jawapan yang keluar dari mulut Putra .

"Kalau awak ikut orang buat perkara baik, memang tak salah. Ni awak ikut orang buat benda yang tak betul. Orang bercinta dengan isteri orang, awak pun hendak bercinta juga." Lembut tutur bicara Liyana. Dia sudah masak benar dengan sikap Putra yang mudah terikut-ikut dengan sesuatu yang baru. Orang lain buat, dia pun hendak buat.

"Jodoh tu kan kerja Allah. Sebagai umatnya, kita patut terima ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Percintaan I dengan Sarah, mungkin telah ditakdirkan. She's very understanding person. Walaupun kami baru berkenalan, tapi antara I dengan dia, macam sudah lama kenal." Melambung puji Putra pada Sarah, isteri orang yang kini kekasih pujaan hatinya.

"You kan Putra, kalau I cakap you kurang pandai, you marah. Tapi memang pun you kurang pandai. Itu bukan takdir, tu cari masalah namanya. Habis tu, bagaimana dengan tunang you. Apa alasan you pula?"

"Eh, Liyana, yang you sibuk sangat hal I ni kenapa. I tahu apa yang I buat okay."

Itu adalah kali terakhir, Liyana perang mulut dengan Putra. Sejak dari tragedi tersebut, masing-masing buat hal sendiri. Jika berselisih bahu, seorang akan pandang ke timur dan seorang lagi akan pandang ke barat. Begitulah seterusnya sehinggalah pada suatu hari, Liyana menerima SMS dari Putra.

Putra : Liyana, aku ni..Putra. Aku MC hari ni. Ehm.. satu lagi, aku hendak minta maaf pada kau sebab degil dan tidak mendengar nasihat kau.

Liyana : Kalau MC, sms kepada staff di pejabat kau lah. Yang kau sms aku apa hal. Buat apa hendak minta maaf. Kau mana ada salah apa-apa pun. Aku yang menyibuk.

Putra : Jangan macam ni Liyana. Aku bersalah. Banyak sangat kesalahan yang telah aku lakukan dalam hidup ini. Aku menyesal, benar-benar menyesal dengan masalah yang aku cari sendiri. Maafkan aku Liyana. Kitakan 'best friend' sejak kecil. Aku tidak ada tempat lain hendak mengadu.

Liyana : Sarah kan ada. She's very understanding person. You yang cakap macam tu, bukan I nak perli.

Putra : Jangan sebut lagi nama tu. Aku benci. Tidak pernah aku rasa benci yang sebegini pada orang. Kalau aku tidak ingat Allah swt, dah lama aku bunuh perempuan tu.

Liyana : Tak sangka pula, kau masih ingat pada Allahswt. Ingat selepas kau kecewa ker? Masa tengah bahagia dahulu, kau ingat tak pada Allahswt? Apa yang Sarah dah buat, sampai hendak bunuh membunuh ni. Itu pun satu masalah baru juga, kalau kau dah bertekadlah.

Putra : Ehm..aku dah agak dah, kau akan kata macam tu. Malu aku hendak cerita pada kau. Dia mempergunakan aku. Sebenarnya, dia dah terlanjur dengan boyfriend dia. Boyfriend dia lepas tangan bila dapat tahu. Dia terdesak mencari 'Pak Sanggup' kerana kes kecurangan dia, suami dia dapat tahu. Suami dia beri kata dua, dia boleh maafkan Sarah jika Sarah bawa boyfriend Sarah 'face to face' with him. Teruk, aku kena belasah dengan 'geng' suami Sarah. Jika tidak kerana laungan Azan yang berkumandang, rasanya aku sudah tiada dalam dunia ini lagi.

Liyana : Padan muka kau. Itu sahaja yang aku boleh katakan. Jadi sekarang ni, kau dah rujuk semula dengan tunang kau ker?

Putra : Tak, dah putus.

Liyana : La..tunang kau dah tahu ke kecurangan kau tu?

Putra : Mana tak tahunya, tunang aku dengan Sarah, rupa-rupanya sepupu.

Pengajaran

Asas yang paling utama adalah al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi mengeluarkan manusia dari kejahilan kepada cahaya keimanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. 
(Ibrahim: 1 )

Ulasan

Nora Shahaira berkata…
kadg2 rasa lelaki memg mencari silap walaupun kecik semata-mata alasan untuk dia buat hal..
yang wanita..terpaksa melengkapkan segala-galanya walaupun rasa nak mati ketika itu hanya semata membhagiakan suami..ATAU SEBALIKNYA
bila suami tetap mengherdik..isteri yg hilang sabar ketika itu akan mencetuskan segalanya...ATAU SEBALIKNYA..maka..tak tahan cerai...belum lagi penyebab yg lain..
GreenAppleKu berkata…
Dan sebaik-baik pilihan, pilihlah untuk dekat denganNya ketika diri di landa masalah.