Selasa, 4 Januari 2011

MENYAMAR SEBAB CEMBURU

Ha..ha..Bila kucing menyamar jadi arnab.
Anda memberi password facebook, email dan yang seangkatan dengannya kepada pasangan anda. Atas sebab apa anda perlu berbuat sedemikian? Dan kenapa pasangan anda perlu minta itu semua daripada anda? Dia kurang percaya pada anda? Atau sekadar untuk pastikan anda tiada skandal dengan orang lain. 

Perhubungan yang tiada kepercayaan antara satu sama lain amat tidak bahagia. Dan jika tiada kebahagian, apalah ertinya sebuah perhubungan. Amat tidak selesa berada di dalam zon sebegitu.

Cerita MachoMen (nama samaran), banyak masalah yang timbul apabila aweksnya (Gegirl) menyamar menjadi dirinya dengan menggunakan akaun facebooknya. Habis semua rakan wanita MachoMen kena maki hamun (kes cemburu yang tidak bertempat), pada hal semua rakan wanita tersebut adalah kenalan MachoMen sejak zaman sekolah! Gurau senda sesama rakan lama, rakan sekolah, rakan se universiti ada kalanya 'sedikit gila-gila'. Tapi itu sekadar gurauan.

Nasihat kepada Gegirl, niat anda tidak salah, yang menjadi kesalahan apabila anda menyamar menjadi MachoMen, menjawap segala pesanan dan menyoal soalan yang tidak sepatutnya. Mereka semua terlebih dahulu mengenali MachoMen jika hendak di bandingkan dengan anda yang baru beberapa bulan in relationship. Sikap anda menjatuhkan maruah MachoMen. 

'Remember that healthy relationships are about feeling good about who YOU are and feeling SAFE with another person. You have the power to create healthy relationships all around you just by paying attention to who you are inside and what makes you happy. By getting to know yourself, it will get easier to recognize the differences between healthy and unhealthy relationships. Communication, trust and respect are the key ingredients for healthy relationships.'

8 ulasan:

salykin sobry berkata...

mcik cemburu jugak tapi bertempat =)

miss anne berkata...

btol2..
cemburu tu adat la dalam hubungan.tapi biar berpada

kasih berkata...

kucing punya pasal.. hehe

bintang27 berkata...

kesian kucing tu kena makan makanan arnab

Jejaka Terhangat berkata...

cemburu pmpuan memang sangat menakutkan..abis sume kwn2 kena maki hamun..adehh..

p/s: drpd bagi aweks pegang pasword fb. better delete je fb tu..=p

IFA Athirah berkata...

sokong dgn kytaan anda!tp,kucing tu bile tgk sekali lalu dh mcm rabbit!seyesly! :) http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman berkata...

Best entry ni .. cemburu boleh sbb tu tanda sayang. tapi tak perlulah sampai menyamar jadi org lain.

Fatin Athirah Amani berkata...

aah. tu la pasal. skrg ni ramai minah yg cmtu ek? ntah pape je. x best btul idup. aku yg tgk plak rimas. smpi xtau mane satu owner account yg betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...