My Instagram

KHURAFAT MODEN



Surat berantai atau SMS yang mendakwa kononnya seseorang itu akan ditimpa bala sekiranya, surat atau SMS yang diterima tidak dipanjangkan kepada orang lain, adalah antara khurafat moden yang kian tersebar. Persoalannya, siapa mereka untuk menentukan bala ke atas seseorang?

Yang pasti, jumlah bil telefon anda akan bertambah. Terpaksa pula menghabiskan sejumlah wang untuk membeli setem, sampul surat serta kos untuk photocopy surat berkenaan.

Isu ini mendapat pendedahan di dalam Majalah Al-Islam, keluaran Januari 2011. Walaupun amalan khurafat bukan benda baru tetapi jika isu ini tiada pendedahan berterusan, risau jumlah umat Islam yang syirik akan semakin bertambah.

Antara bentuk-bentuk khurafat,

  • Kepercayaan pada keramat seperti kubur,pokok,kayu,telaga,batu,bukit, busut dan sebagainya. 
  • Kepercayaan kepada wujudnya sial seperti mandi membuang sial dan sebagainya. 
  • Kepercayaan pada jin yang dianggap memberi kesan sebenar dan memohon pertolongan kepadanya. 
  • Kepercayaan kepada sesuatu kejadian sebagai petanda buruk atau baik seperti tidak keluar rumah ketika burung gagak atau burung hantu berbunyi kerana takut mendapat bala atau sial. 
  • Pemujaan pada roh dan objek-objek tertentu seperti besi, keris, kubur dan sebagainya. 
  • Kepercayaan kepada amalan sesuatu yang membawa penambahan rezeki seperti membuang ancak di sungai dan sebagainya. 

Antara ciri-ciri kepercayaan khurafat,

  • Tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran dan hadis.
  • Merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut. 
  • Bersumberkan kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam. 
  • Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk lain untuk tujuan yang memudaratkan dan menyeleweng dari akidah Islam. 
  • Menggunakan objek tertentu seperti keris, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu. 
Semoga sedikit info yang dipaparkan ini, menjadi panduan buat semua agar diri tidak tergolong sebagai pengamal amalan tersebut.

5 ulasan:

  1. dulu masa kecik2 JT dapat surat berantai ni bukan main cuak lagi..dia suruh fotostat pastu distribute kat org laen..tp malas JT nak buat. abaikan je. takde pape berlaku pon. ahaks..kesimpulannya, tetapkan iman. jgn percaya bnda tahyul dan kurafat. takut iman kita pon bleh terpesong..

    Jejaka Terhangat: Isu Tudung Takkan Pernah Selesai

    BalasPadam
  2. memg selalu dpt benda2 mcm ni dlm bentuk sms..geram betul..selalu bls kt dia balik hidup dn mati sy di tgn Allah. jgnlah bersubahat memesongkn aqidah org ramai hanya dgn kerja yg mudah..send sms je...

    BalasPadam
  3. selalu dapat surat berantai tu..memang tak logik langsung..suka hati je dapat musibah la apa la..

    p/s jom komen entri baru blog wan!!

    BalasPadam
  4. org yg buat benda ni mgkin mkhluk yg ilmu agama yg cetek..so siapa yg meneruskan benda nie adalah sama cetek ilmu agama nya...

    BalasPadam
  5. tak layan dah surat berantai ni. karut je

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!