Hari ini 3hb Januari 2011, umum mengetahui bermulanya sesi persekolahan. Sejak awal pagi lagi, laluan menuju ke sekolah sesak. Kiri kanan jalan menuju kesekolah, dipenuhi kenderaan. Ada ibubapa yang mengambil cuti tahunan untuk menemani anak ke sekolah pada hari pertama.


Pelbagai gelagat anak-anak yang pertama kali ke sekolah dapat di lihat. Ada yang gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ada yang sedih sebab kena berpisah dengan ibubapa masing-masing. Samada ibu atau bapa kena tunggu tepi tingkap di luar kelas. Kalau tak adik nangis. Alahai. 


Gelagat ibubapa tidak kurang hebatnya. Sejak dari awal lagi bersemangat menemani anak tersayang. Selesai urusan anak masuk ke kelas, beratur panjang untuk membeli buku sekolah. Kenapa saat-saat akhir baru hendak membeli. Pihak sekolah telah memberi masa selama sebulan sebelum sekolah bermula. Kenapa tidak gunakan waktu tersebut? Tidak ada masa? Jadi, sabarlah apabila kena beratur panjang. Jangan potong barisan. Jangan banyak komplen!


Syabas kepada pengurusan pihak sekolah kerana telah mengatur dengan baik sesi pendaftaran dan pembayaran yuran sekolah. Semua urusan pembayaran yuran di selesaikan di kelas dimana pelajar ditempatkan. Ini sekali gus dapat memberi peluang kepada ibubapa untuk berkenalan dengan guru kelas anak masing-masing. Boleh bertukar nombor telefon antara guru kelas dan ibubapa sebagai simpanan. Ini penting.


Jadual waktu pelajaran juga di beri pada hari pertama persekolahan. Tidak perlu lagi pelajar membawa semua buku teks ke sekolah. Berat tu.

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. anak sedara pon dh start belajar ari ni..huhu

    BalasPadam
  2. Pak sedara dia tak teman sekali ker ke sekolah. Kasi up semangat sikit.

    BalasPadam
  3. huhu kak sepupu pnya anak pon dh mula start school hari ni hehehe..best ja kan diorg

    BalasPadam
  4. Teringat zaman persekolahan kita dulu-dulu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama