Jika anda ingin menjaga kualiti cat kereta anda. Biar betul kenyataan ini. Habis tu kalau kereta dah comot takkan hendak dibiarkan sahaja. Hendak pula kereta di atas adalah milik anda. Mana mungkin kita tidak mencucinya agar keserian kereta tetap terjaga.

Kebanyakkan kita kalau mencuci kereta suka buihkan banyak-banyak. Lagi banyak buih lagi bersih. Info terkini yang baru GA perolehi dari tokey kedai cat kereta, sebenarnya untuk menjaga keserian kereta, warna cat kereta agar tidak pudar, tidak susah. Katanya, cukup sekadar mencuci kereta dengan air!

Biar betul tokey ni. Katanya lagi, kereta yang baru (baru keluar dari kedai, plastik cover kerusi pun tidak dibuka lagi..) dan kereta yang baru dicat semula telah dilapisi dengan satu lapisan yang akan menjaga cat kereta tersebut. Ada sesiapa tahu apa nama lapisan tersebut? GA, namakan lapisan ni lapisan XX. (Totally terlupa apa nama lapisan tersebut)

Lapisan XX (pastikan yang berkualiti tinggi) inilah yang akan menjaga jangka hayat cat kereta kita untuk beberapa tahun lamanya jika kita tahu teknik penjagaan yang betul. Tapi awas..lapisan XX ini akan terhakis jika kita mencuci kereta dengan menggunakan shampoo kereta. Semua tahu, shampoo kereta mengandungi bermacam-macam bahan kimia. Bahan-bahan kimia inilah yang akan menghakis lapisan XX.

Kata tokey kedai itu lagi, awas jika kita terlihat ada kedai cuci kereta yang menawarkan khidmat cuci kereta dengan harga yang murah. Tidak semua mereka ini jujur, sebab mereka menggunakan cecair pencuci baju sahaja! Entahkan breeze entahkan top! Lainlah jika kita kenal tokey kedai tersebut dan pasti mereka ini jujur.

Selain shampoo kereta, cecair pencuci baju, najis burung adalah antara bahan kimia yang kuat menghakis cat kereta anda. Jika terkena najis burung, cepat-cepat cuci dengan air.



Kalaulah kereta anda boleh bercakap, tentu ia akan jerit seperti ini..

"Hoiiii!! korang cuci aku dengan apa ni..sakitlah oiii.."


7 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. oh..betul ke..baru tau ni..thanks for the info sis! ^_^

    BalasPadam
  2. Saya juga baru tahu..sebab tu tak sabar nak share ngan semua..

    BalasPadam
  3. walaupun baru tahu info ni, kereta sy memang jarang dicuci..sebab tuannya ini malas nak cuci kereta..he he

    BalasPadam
  4. huh???? baru tau nih... tp nt ktr plak kete ek? pasni pg cr wash ckp xpyh gne sbunla jwbnye..huhu.. nice share..

    BalasPadam
  5. kawan bukan je kereta,, moto pon malas nak cuci,, hahaah,,

    Yang Pasti Kita Akan Dijemput Pulang

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama