ISLAM AGAMA YANG MENYUSAHKAN.. - Eiza GreenAppleKu

ISLAM AGAMA YANG MENYUSAHKAN..




Itu adalah sebab yang diberikan oleh seorang remaja Melayu ketika ditanya, kenapa dia mahu menukar agamanya. Katanya, dalam agama Islam, susah..nak kena puasa, kena sembahyang, itu tak boleh, ini tak boleh dan banyak lagi perkara yang disentuhnya.

"Islamlah agama yang paling mudah. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat yang ikhlas, akan mendapat pahala. Senyum pun dapat pahala. Jika dalam agama lain, pahala amat susah untuk diperolehi." terang seorang Ustaz yang suatu ketika dahulu, agama asalnya adalah agama Kristian.

Isu remaja Melayu murtad, amat membimbangkan. Kerana itulah, Ustaz ini berjihad untuk menyelamatkan remaja Melayu tersebut. Setelah di selidik latar belakang remaja terbabit, tiada pegangan agama adalah punca utamanya. Remaja tersebut tidak tahu apa itu solat, kenapa perlu solat dan dengan kata lain, pengetahuan agamanya kosong. Begitu juga dengan kedua ibubapanya!

Itu adalah temuramah yang GA dengar di radio IKIM. Kasihan remaja tersebut. Benarlah kata pepatah, anak umpama kain putih, ibubapalah yang akan mencorakkan samada anaknnya tersebut seorang Islam atau sebaliknya.

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia
  • Lemah pegangan agama. 
  • Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam. 
  • Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain. 
  • Faktor perkahwinan. 
Nota : Jangan di hina, di ejek apatah lagi menjauhkan diri jika ada diantara kenalan kita yang telah terpesong dari pegangan Islam. Dekati mereka, berceritalah pada mereka, apa itu Islam. Mungkin mereka betul-betul tidak tahu APA ITU ISLAM! Selamatkan mereka dari murtad.


6 ulasan

LeyRa.Hamid berkata...

Issh betapa ceteknya pengetahuan agama budak tu hingga menyatakan sedemikian dan memang kasihan sungguh dengan golongan sebegini. Minta dijauhkan dari diri kita dan anak2 serta keturunan kita. Very interesting info.

Fariq berkata...

minta dijuahi dari benda2 ni,

agaknya budak tu dulu tak penah gi skola agama, tu yg pengetahuan agama dia kosong, dan makbapak mmg patut disalahkan sebab tak beri didikan agama kat budak ni.. wallahualam

GreenAppleKu berkata...

Ada sebuah drama title 'Karma Salina' lakonan Umi Aida, Sofia Jane dan Syarifah Amani. Selain RIBA, punca porak perandanya sebuah keluarga, isu MURTAD juga di ketengahkan. Lahir sebagai Islam tetapi tiada penghayatan Islam dlm kehidupan keluarga ini. Leyra & Farid, tq for komen.

bintang27 berkata...

islam itu syumul, tiada agama yang diredhai oleh Allah melaikan islam.
bersyukur ANA lahir dalam keadaan islam nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan islam.. bersyukur lah... sebut lah Alhamdulilah...

kamal berkata...

Firman Allah:
2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.
Heran, kenapa agaknya kita selalu lupa akan ayat di atas dan sentiasa nak suma org ikut agama kita, sedang firman Allah jelas dan terang utk kita perhatikan. Sesiapa yg hendak diberi petunjuk, makan xde sapa yg dpt menghalang. Kenapa kita lak berlagak mcm Tuhan utk menghukum?

ibnuyassir berkata...

Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html

Insya Allah, adanya Daulah al - Khilafah akan menyelesaikan segala masalah.

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.