My Instagram

HATI..ADA APA DENGAN HATI

Jangan sedih ya kartun, tentu ada hikmahnya.

Muchas Gracias to Jejaka Terhangat yang sudi review blog GA ini. Insyaallah segala yang direkemenkan akan dipatuhi satu per satu. Awal tahun ni, kerja dipejabat memang banyak yang perlu di update dan di tutup buku. So, i totally used my night time to up date the latest entri.

Kepada yang sudi komen, tinggal jejak kat shoutbox, thank you very-very much and will return to your blog to terjah balik.

Orang selalu kata, " patutlah aku rasa tak sedap hati jer.." mahupun " suka hati kau lah nak buat apa." 

Persoalannya, kenapa hati kita sering merasa resah, gelisah mahupun kacau? Menurut Ustaz Rujihan Mohamed Ali, melalui artikelnya di majalah Anis antara wabak-wabak penyebab bagi segala kekacauan tersebut:
  • Makan dan minum yang haram atau syubhah
  • Dosa dan maksiat
  • Dosa secara khusus berkaitan dengan ibubapa
  • Menjauhi majlis ilmu
  • Bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya
  • Cinta dunia
  • Mengabaikan ingatan terhadap akhirat
Wabak tersebut ada ubatnya. Untuk mengembalikan fungsi 'hati yang hidup' perlu di disiplinkan 
  • Menjaga persoalan kehalalan rezeki
  • Mengawal diri dari mungkar dan maksiat
  • Memperbanyakkan istighfar dan bertaubat
  • Istiqamah datang ke masjid
  • Menyintai majlis ilmu
  • Bersahabat dengan orang yang baik
  • Membanyakkan zikrullah dan membaca al-Quran
  • Banyak mengingati mati
  • Bersifat pemurah.
Hati kita umpama air..jangan sesekali dibiarkan ia keruh!



1 ulasan

cik bunga berkata...

salam..
Semalam dgr satu tazkirah di radio.. antara petikannya:
bila melakukan dosa, cepat-cepatla bertaubat dan jgn sesekali menghebahkan kemaksiatan kita pd org lain.

very nice blog..