Isnin, 17 Januari 2011

BILA PEREMPUAN KELUAR RUMAH TENGAH MALAM


"Apa ke hal yang si'perempuan' tu keluar rumah tengah-tengah malam ni? Nak kata kerja dua shif..mungkin tidak sebab dia kerja pejabat. Standart kerja pejabat, 9 to 5. Haa..ni tak der kerja lainlah ni. Konfem gi dating. Sudah dua malam berturut-turut perempuan ni keluar jam 12tgh mlm."

Makcik Peah masih berdiri di tepi jendelanya memerhatikan 'jiran baru' sebelah rumahnya. Dia terpaksa berhati-hati mengintip jirannya agar orang yang diintipnya tidak perasan bahawa, dirinya sedang diintip. 

Langsir jendela di buka sedikit, cukup sekadar dapat memuatkan sebelah matanya. Karang kalau buka lebih besar, risau kantoi pula. Mana Makcik Peah hendak letak mukanya nanti. 'Drop my waterface. Nanti, dia kata aku busy body pula.' kata Makcik Peah didalam hati.

Mengalahkan penyiasat persendirian apabila Makcik Peah mula menjalankan tugasnya. Memang itulah kerjaya tetap Makcik Peah setelah pencen beberapa tahun yang lalu. Tugasnya sebagai penyiasat semakin bertambah sejak kehadiran jiran barunya. Makcik Peah belum sempat 'interview' siapakah gerangan jiran barunya tersebut.

Hanya sedikit info yang Makcik Peah tahu, jirannya seorang wanita, kerja pejabat dan ada seorang anak. Isu yang menarik perhatian Makcik Peah untuk menyiasat ialah, Makcik Peah belum pernah melihat suami jirannya itu. Very interesting kes ni!

Keesokkan harinya, selepas selesai menyiapkan kerja rumahnya, Makcik Peah keluar menuju ke rumah Ustazah Khadijah. Hendak diceritakan segala perilaku jirannya kepada ustazah. Biar ustazah tahu, ada yang tidak kena dengan jiran barunya itu. Perkara yang tidak baik seperti ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

Ustazah Khadijah menyambut kehadiran Makcik Peah, dengan senyuman yang ikhlas. Siapa yang tidak kenal dengan Makcik Peah 'Astro'. Namun walau apapun, Ustazah Khadijah tetap melayan Makcik Peah dengan baik.

"Ustazah tahu tak, sebelah rumah saya dah ada penyewa baru.."

"Oh, Syakirah, ibu tunggal muda tu ker.." 

"Apa? Janda? Patutlah.." 

Pelbagai andaian sedang bermain difikiran Makcik Peah. Semuanya negatif belaka.

"Rasanya panggilan ibu tunggal lebih sopan. Saya kagum dengan Syakirah. Tidak ramai ibu tunggal yang kuat semangat sepertinya. Suaminya meninggal dunia kerana serangan jantung setahun yang lalu. Sejak dari itu, Syakirah gigih membesarkan anaknya seorang diri.

Semalam saya dan Ustaz ada terserempak Syakirah dengan anaknya di klinik 24jam. Rupanya sudah 2 hari Syakirah bawa anak dia ke klinik untuk rawatan 'nebulizer'. Alhamdulilah, semakin sembuh sakit anak Syakirah. Oh ya..apa yang Kak Peah nak kata tadi tentang Syakirah?"

Nota : Kalau perempuan keluar rumah tengah malam, jangan suka fikir yang negatif sahaja. Seperti kes Syakirah, dia keluar malam sebab bawa anak ke klinik untuk rawatan susulan. Makcik Peah dah fikir yang bukan-bukan. Lain kali bertegur sapalah dengan jiran baru. Tidak baik buruk sangka. Cari masa untuk berkenalan dengan jiran anda.


3 ulasan:

FOOTPC berkata...

betul...mulut org nie susah nak tutup...diorang nie jenis kalau tak mengumpat satu hari tak sah..nice entry...

Jejaka Terhangat berkata...

kalo pmpuan kluar malam2..skali skala mcm bleh diterima..sbb mcm kes di atas..tp bila slalu sgt kluar malam, msti la orang pndang serong..

lagi2 student ipt, mentang2 mak ayah tak observed. lewat malam pon bleh lagi kluar. ish2..

[Follower BloG Review] Miss PurpleHolic Empunya BloG Cumil.

GreenAppleKu berkata...

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..Mendalam maksud tu..

IBUNDA'S DELIGHT

REWARD YOURSELF..