ANIAYA? ANDA MUNGKIN PUNCANYA.


"Saya di aniaya oleh kawan baik saya sendiri. Saya benar-benar terkejut apabila melihat gambar seksi saya disebarkan melalui internet. Ini mungkin cara mereka untuk menjatuhkan prestasi saya yang umum mengetahui baru-baru ini telah mendapat anugerah usahawan berjaya." jelas Liyana (nama samaran), seorang usahawan muda pada wartawan dalam satu sesi soal jawab.

" Saya tahu dia masih marahkan saya tapi janganlah isu saya bermalam di rumah tunang sendiri hendak di hebohkan di dalam facebook."sambil mengesatkan air mata, Maria (nama samaran) bercerita kepada rakan sepejabatnya apabila kes 'perang' antara Maria dengan bekas isteri tunangnya mendapat komen tertinggi di dalam sebuah laman sosial.

Zaman sekarang, zaman orang membuka aib sendiri, memalukan diri sendiri dan menganiaya diri sendiri. Setelah kesilapan diri sendiri mendapat pendedahan di sana dan di sini, mulalah manusia-manusia ini menyatakan si dia dan si mereka telah menganiaya, sibuk, dengki dan berniat tidak baik.

Gambar seksi Liyana tidak akan tersebar jika dia tidak berpakaian seksi. Liyana sendiri yang telah mengambil keputusan untuk berpakaian sedemikian dan tidak perlu terkejut apabila melihat gambar tersebut tersebar.

Walaupun telah bertunang, tetapi hukum haram tetap haram. Inilah yang terjadi apabila ada segelintir umat yang beragama Islam, cuba menghalalkan yang haram. Bila ada yang menegur, dikatanya dengki, cemburu dan sebagainya.


4 ulasan:

  1. sama lah jugak dengan kes ni,

    pakai seksi dedah dada dedah peha, bila lelaki tenung, marah pulak. wut daa =_=

    BalasPadam
  2. hmm..apepun kite kena kembali kepada islam yg sebenar-benarnye..

    BalasPadam
  3. Betul3..
    Pandai2 lah bw diri kan..
    Jgn fikir org aniaya je, tgk dulu ape yg kite dh buatkan?
    Ngee.. :)
    Yg tolong bukak aib org tu pun slh gak, perlu ke jatuhkan air muka org?
    Ermmm..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!