12 WAJAH DI PADANG MAHSYAR - Eiza GreenAppleKu

12 WAJAH DI PADANG MAHSYAR

Itu adalah tajuk artikel yang berada di dalam Majalah Anis, Febuari. Semua umat Islam tahu, akhirat adalah hari pembalasan, hari yang akan menentukan dan menjatuhkan segala hukuman Allah ke atas hamba-Nya.

Hari ini GA akan kongsi dengan semua, satu daripada 12 wajah yang akan ada di padang mahsyar kelak. Pada hari kiamat,umat Islam akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan dengan membawa amalan mereka sendiri.

Barisan 1

Diiringi dari kubur dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut, dan keluar berbagai-bagai kotoran..

Eishhh..mengeleng kepala semasa GA membacanya. Terbayang di fikiran betapa hodoh lagi menjijikkan manusia ini. Pasti kita semua tidak mahu wajah seperti ini di padang mahsyar kelak. Hendak tahu apa yang telah dilakukan oleh orang-orang ini semasa di dunia?


Allah SWT menegaskan:

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

GreenAppleKu : Banyak lagi air lain yang boleh di minum. Kerana hendak nampak moden, hendak nampak advance dan hendak menjaga standard, larangan Allah di redah. Terimalah nasib di akhirat kelak.

Maaf cakap, GA bukan hendak berlagak baik tetapi sekadar berkongsi ilmu agama kerana rasa sayang sesama saudara. Umat Islam kan bersaudara. Kesian melihat saudara kita yang hilang pedoman. Main ikut peredaran zaman jer. Moga perkongsian ini sesuatu buat mereka yang sedang mencari..



6 ulasan

Nora Shahaira berkata...

selalu baca artikel ini untuk mengingatkan diri sendiri.
tukar url..?oo ye la... da tukar kan..heheh
ok nora tukar nanti..

►AdamXis◄ berkata...

As salam cik GA...thanks sharing info nie...semoga kite ingat mengingati...thanks support BCR juga (^^,)

Mr Nohara berkata...

moga kita semua dijauhkan dr berlakunya perkara2 sperti ini.. Amin...

GreenAppleKu.com berkata...

@ semua yang komen di atas, kalau kita ada kawan-kawan yg bangga minum arak..cuba-cubalah kita nasihatkan mereka dengan baik-baik agar bertaubat. Kesian kat mereka, nak pula mereka yang tidak tahu langsung akibatnya di Padang Mahsyar kelak.

Solihin Zubir berkata...

alhamdulillah sy tak pernah teguk air setan tu walaupun pernah dipaksa.. huhu...

err.. dah tukar domain sindri? tahniah!
sy dh tukar link saudari kat blog list sy tu.. =)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Solihin Zubir Good to you dear..bukan semua orang kuat imannya.

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.