IBUNDA'S DELIGHT

Sabtu, 31 Julai 2010

MENJADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI..

Seperti yang di ketahui, jika hukum berjumpa bomoh amat dilarang kerana kepercayaan kepada ramalan ghaibnya boleh menjadikan seseorang itu syirik, maka menjadi bomoh sudah tentulah dilarang. Malangnya tanpa disangka-sangka, sebahagian dari kita telah secara tidak langsung hampir menjadi bomoh apabila turut suka meramalkan sesuatu yang ghaib tanpa sebarang dalil syarak dan juga logik sains. Sebagai contoh:

  • Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, bermakna ada seseorang akan datang.
  • Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut (selepas dilahirkan). Hingga ada mereka yang percaya bahawa jika ditanam di depan rumah berserta pensel sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak!
  • Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh ketika ingin keluar rumah.
  • Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah atau di kedai. Sedangkan ayat tersebut menuntut agar seseorang bertakwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran keluar dari sebarang masalah dan rezeki daripada sumber yang tidak dijangka dan bukannya hanya digantung di dinding.
  • Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal.
  • Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.
  • Meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak boleh roh seseorang itu kembali ke dunia semula.
  • Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau SMS berantai.
  • Meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat.
Ini antara bentuk kepercayaan karut, khurafat lagi tahyul dan sebahagiannya membawa kepada syirik tanpa disedari oleh individu itu. Akibatnya, hati akan menjadi rosak, iman tergadai dan ketika itu, perbincangan hukum halal haram tidak lagi menjadi kepentingan buatnya.

GreenAppleKu : MasyaAllah..hope this info is something to us. Renung-renungkan, fikir-fikirkan.


Khamis, 29 Julai 2010

ANTARA MUSTAJAB ATAU TERHIJAB..

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk buat saya. Minggu close akaun dan gaji. Kerja yang menanti untuk di selesaikan, panjang 'waiting list' nya. To be done as soon as possible. But thank you to Tuan Pahrol Mohd Juoi, this wonderful artikel untuk kita share bersama.


Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu. Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya.
Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.

Cara Allah Makbulkan Doa
Bagaimanakah cara Allah memakbulkan doa hamba-hamba-Nya? Ini memerlukan penjelasan yang tersirat dan maknawi. Sesungguhnya akal kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas. Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu, tetapi di sisi Allah punyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis.

Untuk menyingkap rahsia itulah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa tuhanku, maka perkenanlah segera.” (kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968)

Melalui hadis ini para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dikabulkan menerusi pelbagai kaedah dan keadaan. Antaranya termasuk:

1. Doa Itu Dikabulkan Serta-Merta

Kebanyakan doa yang diajukan oleh para rasul dan nabi dikabulkan serta-merta. Doa Rasulullah s.a.w. menjelang perang Badar misalnya, dikabulkan oleh Allah serta-merta. Begitu juga doa Ibn Abbas r.a. ketika meminta hujan semasa umat Islam dilanda kemarau yang dahsyat. Belum pun sempat Ibn Abbas meletakkan tangannya ke bawah, hujan telah turun mencurah-curah.

Begitulah juga dengan cerita bagaimana tiga orang pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masing-masing apabila terperangkap dalam sebuah gua seperti yang diberitakan dalam sebuah hadis yang panjang lagi masyhur. Pintu gua itu tergerak (membuka ruang) serta-merta setiap kali salah orang mereka selesai berdoa. Inilah bukti jaminan Allah melalui firman-nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah 2: 186)

2. Dikabulkan pada Waktu Lain

Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya. Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya. Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf: “Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”

3. Menghindarkan Bahaya

Doa kita kadang-kadang dikabulkan Allah dengan dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar. Mengapa? Yalah, kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta. Misalnya, kita minta kejayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik. Bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Ingatlah apa yang Allah tegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216)

4. Allah Berikan Sesuatu yang Lebih Baik di Akhirat
Hidup di dunia cuma sementara. Akhirat itu yang lebih baik dan lebih kekal. Firman Allah, mafhumnya: “Dan akhirat lebih baik dan kekal.” (Surah al-A‘la 87: 17) Beruntunglah jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia ini.

Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Orang yang berdoa dan doanya tidak dikabulkan di dunia, akan dikabulkan doa itu di akhirat kelak, insya-Allah. Doa yang dikabulkan di akhirat itu sesungguhnya lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia lagi. Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan di akhirat bererti syurga.

Menyedari hakikat ini, seharusnya kita tidak akan jemu berdoa dan tidak akan berputus asa hanya kerana doa kita belum ataupun tidak dikabulkan di dunia. Kita tahu doa itu akan menjadi “saham akhirat”. Oleh sebab itu, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita berdoa di dunia ini. Bagi orang yang yakin akan kehidupan di akhirat, mereka akan terus-terusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini.

Banyak doa-doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita, manfaatnya untuk hari akhirat. Doa minta dimatikan dengan iman, masuk ke dalam syurga dengan iman, terhindar daripada api neraka, minta dibangkitkan dalam keadaan bersama-sama orang yang membuat kebaikan dan jangan ditempatkan bersama-sama orang yang zalim. Misalnya, Allah menganjurkan kita berdoa dengan doa ini: “Ya tuhan kami, berilah keampunan bagiku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim 14: 41)

5. Dijadikan Kifarat kepada Dosa-Dosa

Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Dosa adalah pendinding untuk kita mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Dan untuk itu kita diwajibkan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari.

Namun, apakah jaminan taubat kita telah diterima sekalipun telah menempuh syarat-syaratnya? Dan bagaimana pula dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari? Itu lebih sukar diatasi. Mana mungkin kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita rasa kita tidak melakukannya? Maka di sinilah peranan doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. Doa-doa itu menjadi sebab untuk dosa-dosa kita itu diampunkan walaupun bukan itu yang kita pohon daripada Allah s.w.t.

Orang yang berdoa kepada Allah, sentiasa disayangi-Nya. Tanda sayang Allah kepadanya ialah mengampunkan dosa-dosa orang itu walaupun dia tidak meminta ampun. Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-Afu (Yang Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yang Maha Mengampuni) Allah s.w.t. Salah satunya ialah Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya walaupun hamba yang berdoa itu tidak meminta ampun.
ADAB BERDOA

Walau bagaimanapun doa yang dipanjatkan masih tetap ada adab dan syarat-syaratnya. Selain adab-adab lahiriah, seperti menghadap kiblat, berwuduk (lihat adab-adab berdoa seperti yang dinyatakan), ada lagi adab batin (soal hati) yang lebih utama dilaksanakan. Antaranya termasuk:

i) Berdoa dengan penuh keyakinan

Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (waswas) waktu berdoa kerana Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya berbolak-balik antara percaya dan tidak akan doanya diperkenankan. Jadi, sangka baik (husn zan) terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.

Bagaimana membina keyakinan dalam doa? Tentulah ini bersumberkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita terlebih dahulu mestilah mengenali sifat-sifat dan asma’ (nama-nama) Allah s.w.t.

Antara sifat Allah ialah al-Rahman, al-Rahim, al-Wahhab, al-Ghani, al-Razzaq, al-Afu, al-Ghaffar, al-Salam dan lain-lain lagi, pasti akan timbul keyakinan semasa berdoa. Apabila sudah kenal sifatnya, barulah kita boleh memohon kepada Allah dengan penuh yakin. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila kita yakin seseorang itu pemurah, tentu kita yakin bahawa dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin seseorang itu kaya-raya, maka kita yakin dia mampu memberikan apa yang kita minta.

Oleh sebab itu, kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan Asma’ al-Husna (nama-nama Allah yang baik) mengikut keperluan doa itu. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)

Satu cara lain untuk menambah keyakinan kita dalam berdoa adalah iringilah doa itu dengan usaha dan persediaan yang baik. Keyakinan juga dibina oleh persiapan. Apabila kita berdoa minta kesihatan, usaha dan persediaan kita juga selaras ke arah itu, maka keyakinan diri kita akan meningkat. Ya, doa yang digandingkan dengan usaha akan meningkatkan lagi tahap harapan dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan keyakinan.

ii) Jangan Berdoa Sesuatu yang Membawa Permusuhan dan Dosa
Doa yang buruk hakikatnya bukan doa. Doa yang berpaksikan permusuhan tidak akan dimakbulkan Allah. Oleh sebab itu berhati-hatilah agar tidak berdoa dengan hati yang kotor. Jangan kita ajukan kepada Allah sesuatu yang berbentuk dosa dan kefasiqan. Doa hanyalah untuk yang baik-baik dan dengan tujuan yang baik-baik pula.

Begitu juga berdoa untuk menang dalam pertaruhan (judi), berjaya dalam pertandingan yang dalamnya ada perbuatan mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, kaya dengan perniagaan yang berunsur riba, berkuasa melalui kaedah yang kotor dan fitnah serta lain-lain bentuk kemungkaran yang seumpamanya adalah dilarang dan tidak akan dikabulkan. Kita juga tidak dibolehkan mendoakan sesuatu yang boleh memutuskan ikatan silaturahim sesama Islam.

iii) Jangan Berdoa Tanpa Bertahmid dan Berselawat

Ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dikabulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengari dan seterusnya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Bayangkan jika seseorang meminta tambahan atas nikmat yang sedia ada, dia mestilah menunjukkan rasa berterima kasih atas nikmat yang telah diberikan itu terlebih dahulu. Rasa syukur itulah yang akan menggamit turunnya nikmat yang baru. Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. Dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah amat pedih.” (Surah Ibrahim 14: 7)

Dengan bertahmid, kita menyatakan syukur kepada Allah. Dengan berselawat kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang paling banyak berjasa kepada kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. Hanya setelah bersyukur, Allah yang bersifat al-Wahhab (Maha Pemberi) akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya. Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak.”

Itulah tiga sebab mengapa doa terhijab. Dalam konteks yang sama, apa yang dinyatakan oleh Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) tentang punca-punca doa terhijab sangat perlu dijadikan renungan. Namun, walau apapun keadaan kita, sama ada dalam keadaan taat atau derhaka, dalam keadaan senang ataupun susah, doa mesti terus dipanjatkan. Makbul atau tidak itu soal kedua. Yang paling utama adalah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah s.w.t.

Dan jangan sekali lupa, apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta (doa).

Isnin, 26 Julai 2010

'MAY' AND IT WAS NOT 'SHALL'..

Semua orang tahu dan sedar pentingnya memiliki insurans. Paling kurang pun 'Medical Card' sebab ini dapat membantu kita untuk membayar bil-bil hospital yang makin mencecah harganya di saat-saat kita betul-betul memerlukan rawatan. Malang tidak berbau. Sediakan 'Medical Card' sebelum masuk hospital. 


Nasihat untuk ejen-ejen insuran, please do your job 'betul-betul' sebab jika anda terlepas pandang, cuai, mahupun terlupa, yang bakal mendapat susah adalah penginsurans. Jangan masa hendak promote, kempen bagai hendak 'rak' dan kita yang mendengar rasa betul-betul terjamin. Bila tiba bab kerja, hampas dan menyusahkan banyak orang. Saya tidak labelkan semua ejen macam itu sebab ada ejen yang betul-betul ikhlas dan tahu menjalankan amanah yang dipegangnya. Syabas!!


Satu kes untuk kita share bersama dan jika ini yang terjadi pada kita..apa tindakan anda.


Refer to your letter dated 19th July 2010 (ref. no: XXXXX),we would like to draw your attention to the statement printed on the insurer’s proposal form, namely;

“If you do not fully and faithfully give the facts as you know them or ought to know them, the policy may be invalidated. If you are in any doubt about whether certain facts are material, these facts should be disclosed.”

2. We underline the word ‘MAY’ (and it was not printed as ‘SHALL’) as this denotes that the insurer would have discretions / options on its decisions whether the said policy in invalidated or not. As ‘Bilateral Endometriotic Cysts’ is not related to ‘Hyperthyroidism’, we feel that the insurer should not have invalidated the said policy.

3. Furthermore when we started the policy in 1998, my wife did not suffer for ‘Hyperthyroidism’ as yet and when we renewed the policy several times after (2002 & 2007), we regretted we did not inform the insurer of this development as it was an oversight on our part, as the question was not asked by our agent (ie. Mr. xxxxx) 
 when filling in the forms for us whilst renewing our policy.

4. Therefore we appeal again to you to mediate on this case as ours is just a problem of an oversight by the agent on our part, but the insurer has the discretion to allow our appeal.

Your co-operation in this matter is very much appreciated.

Do not hesitate to contact us if in doubt.

Thank you.

Yours faithfully,




6 MAKHLUK CIPTAAN ALLAH. ( WHICH ONE ARE WE??)

Malaikat
Dari Nur (cahaya)
Menerangi / mengawasi manusia

Iblis
Dari Nar (api)
Sifatnya merosak, merupakan musuh manusia

Jin
Dari asap yang beracun
Sifatnya memabukkan, merupakan penggoda dan juga membantu manusia

Tumbuhan
Hanya mempunyai naluri 
Berfaedah untuk keperluan manusia

Haiwan
Syahwat dan marah
Berfaedah untuk kepentingan manusia

Manusia
Sebagai Pengatur Alam, Pengurus dunia (Khalifah)

Entri kali ni nampak jer simple..Masa mula-mula saya terbaca artikel ni tidak terasa apa-apa. Macam subjek untuk pelajar tahun 1. Tetapi bila saya fikirkan semula, banyak maksud yang tersirat yang boleh kita pelajari. Which one are we??

Khamis, 22 Julai 2010

SUSAH KE NAK JADI BAIK..

Sebenarnya ramai daripada kita yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Paling tidak pun suka terhadap kebaikan dan ingin menjadi baik. Namun, kita selalu gagal untuk melaksanakannya. Ada sahaja masalah yang menghalang kita untuk menjadi baik dan membuat kebaikan. Ramai juga daripada kita yang tidak mahu berbuat dosa. Bencikan kejahatan. Namun, kita sering dan sentiasa terdorong untuk melakukannya.

Kita seperti hilang kuasa dan kawalan terhadap hati dan diri kita sendiri. Seakan-akan ada kuasa lain yang lebih kuat pengaruhnya terhadap diri kita berbanding apa yang kita inginkan. Mengapa ini yang berlaku?

Hakikatnya, kita tidak pernah terlepas dari diburu oleh dua musuh utama yang sentiasa menyorong kita kearah kejahatan. Ya, merekalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri.

Apakah kita harus terus mengalah kepada dua musuh ini dan membiarkan mereka menjadi pemimpin diri ini?

Bagaimanakah harus kita berdepan dengan dua musuh ini dan mengembalikan pimpinan kepada diri sendiri?

Kunci utama : Mujahadah

Dalam dunia nyata juga, musuh hanya dapat dikalahkan dengan peperangan. Cuma bezanya, musuh zahir itu dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Namun, musuh batin, yang tidak dapat dilihat dan tidak tahu di mana wujudnya, bilakah berlakunya, ternyata lebih licik dan lebih susah untuk mendepaninya. Peperangan melawan musuh yang tidak nyata inilah yang dinamakan mujahadah.

Kita terasa susah untuk memeranginya kerana hakikatnya peperangan itu berlaku dalam diri kita sendiri. Berperang dengan hawa nafsu sendiri terasa seakan berperang dengan diri dan kehendak sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mendorong kita menyukai apa yang patut disukai dan membenci apa yang patut dibenci. Namun, setakat tahu, tidak bermakna boleh melahirkan mampu.

Ramai yang tahu tapi tetap tidak mampu. Kerana musuh yang lagi satu tidak pernah berhenti dan berputus asa mengajak kita menjadi peneman mereka di neraka kelak. Syaitan itu hakikatnya makhluk paling kreatif dan paling tinggi sifat juangnya dalam menyeru kita kearah kejahatan. Begitu juga dengan nafsu yang tak pernah lesu. Maka, kuasa yang kita ada hanyalah dengan bermujahadah.

Sejarah awal penciptaan manusia lagi sudah Allah ceritakan, Nabi Adam a.s. juga tertipu dengan perangkap syaitan sehingga terkeluar dari syurga Allah. Dengan mengetahui hakikat kedua-dua musuh yang tidak pernah kenal erti penat dan tidak pernah berehat dan berputus asa dalam memperdayakan kita, wajarkah kita untuk bermujahadah sekali sekala sahaja?

“Aku dah cuba dah untuk jadi baik, tapi susah sangat…ada je halangan…”
“Aku baru nak belajar tak meniru dalam peperiksaan, tapi minggu ni sibuk sangat, memang tak sempatlah nak ulangkaji sendiri…”
“Aku baru je nak jadi pendiam sikit…dapat kelas dengan kawan-kawan yang banyak cakap la pulak…”

Kalau tidak pun, setelah kita berjaya atasinya untuk sesuatu tempoh.

“yeah..nampaknya takde la susah sangat nak jadi baik ni…”
“oh…Allah dah dengar dah doa aku rupanya…”

Dan akhirnya kita kembali memberikan kemenangan itu kepada syaitan dan nafsu juga. Syaitan itu paling kreatif dalam memperdayakan kita. Saat susah untuk bermujahadah, dibisikkan kata-kata hasutan agar kita berputus asa. Setelah berjaya, disuruh berhenti pula, cukuplah setakat itu. Dikurniakan pula rasa cukup dengan amal yang ada.

Ketahuilah sesungguhnya mujahadah itu adalah perjuangan yang tanpa henti. Perjuangan sehingga roh kita kembali kepada pencipta-Nya. Tiada jaminan langsung, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Berjayakah atau kecundangkah? Segalanya bergantung kepada mujahadah kita untuk terus berada dalam redha Allah di setiap ketika dalam hidup ini, dalam setiap yang diusahakan dan dilakukan pada saat ini dan hari-hari mendatang.

Prinsip asas dalam mujahadah adalah istiqmah. Mujahadah tidak akan mampu memberi kesan selagi kita tidak konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkannya. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten.

Firman Allah SWT :

“Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.”
(As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Yakinlah dengan firman Allah SWT :

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (al-Ankabut : 69)

Syeikh Imam Al-Ghazali Berkata :

“Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah”

From team Azzariyat. Thank you..Sharing is caring.
Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis. 

Rabu, 21 Julai 2010

KURMA FOR RAMADHAN..

Jika dirujuk pada kalendar, 11hb Ogos 2010, kita akan mula berpuasa. Betapa cepatnya masa yang berlalu. Rasanya seperti baru sahaja kita berpuasa, sekarang Bulan Puasa tiba lagi. Saya dan rakan-rakan sepejabat dah plan hendak borong buah kurma. Ada yang suka kurma kering, kurma madu, kurma fresh dan tak kurang juga kurma chocolate.


Beli secara borong ni, bukan sahaja jimat poket tapi suasana kemeriahan memborong kurma yang hendak kami simpan dan memorikan setiap kali menjelang Ramadhan. Lokasi kami di Penang ni mestilah Yusoff Taiyoob. Masa lunch time bolehlah 'F1' (drive) sekejap ke sana.
Ada pelbagai pilihan buah kurma. Yang menjadi kegemaran saya ialah kurma Safina. Tidak terlalu manis, tidak terlalu kering, tidak terlalu masak..just nice. Boleh tahan juga harganya kalau beli sekotak. Sebab itulah kena juga ke Yusuf Taiyoob. Tahun ini , insyaallah macam tahun lepas, saya hendak beli satu dozen sebab selain untuk makan sendiri, saya hendak sedekahkan pada sanak saudara, mak angkat, pak angkat (pakcik van sekolah anak saya) dan kenalan. 
Hikmah sedekah boleh rujuk kembali artikel saya SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA. Rebutlah peluang untuk bersedekah di bulan Ramadhan sebab kita tidak tahu, apakah kita akan bertemu semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Selasa, 20 Julai 2010

DUGAAN OH DUGAAN..SABAR JER LAH.

Hari ini saya puasa ganti. Biasalah kaum hawa, jarang nak dapat puasa sebulan penuh. Kalau dapat kan best sebab tak yah fikir nak ganti puasa. Berpuasa pada bukan bulan puasa ni memang banyak sangat dugaannya. Mahu pula dapat kawan-kawan yang kuat mengusik. Sabar jerlah.


Hendak dijadikan cerita, hari ini juga my bos bawa breakfast 'nasi lemak' untuk semua staff. Riuh rendah satu pejabat dapat makan free. Kat office ni..letaklah apa jer, gerenti licin sebab semuanya kaki makan, kuat makan dan gila makan. 


Siap usik saya lagi.."Nasi lemak special ni..rugilah siapa yang puasa hari ni.."
"Alah..Kak eiza..buka jer puasa tu..tak baik tau..bos belanja tak makan" 
"Yelah tu..banyak kau punya tak baik. Jgn nak sebarkan ajaran sesat.."
"Ni part Kak eiza (nasi lemak)..saya tolong makan yer"
"Ehm..makanlah. Kalau hendak simpan pun gerenti basi.."
"Thank you Kak Eiza..esok puasa ker"


Bertuah punya kawan. Ehm.. sabar jerlah. Takkan tergoda imanku hanya kerana sebungkus nasi lemak.
Alang-alang dah tertulis entri puasa..saya hendak mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa untuk anda semua.

Jumaat, 16 Julai 2010

MUFLIS DI AKHIRAT??..

Salam jumaat dan sejahtera di hari yang penuh keberkatan ini. Jom wangi-wangikan diri dan berhias se 'cantik' dan se 'hensem' sejajar dengan amalan yang menjadi 'sunat' di hari ini. 
Ketika kali pertama terbaca tajuk tersebut, hati saya berdebar. Jauh di sudut hati saya berdoa, agar tidak tergolong di kalangan hamba Allah yang bakal muflis di akhirat kelak. 


Muflis (dunia) ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar. Ehm.. ini sudah cukup buat hidup tidak tenang.


Muflis (akhirat) ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah di lakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang.
Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu di bebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka! 
(Riwayat Abu Hurairah, no. 2581)


Masyaallah..gerunnya hati dan saya tidak sanggup menjalani kehidupan seperti tersebut di akhirat kelak. Tempat tinggal kita yang abadi. Tempat tinggal kita yang kekal. 


Bagaimana mengelak jadi muflis?


Ada dua pilihan sahaja, sama ada tidak melakukan dosa terhadap manusia lain atau sekiranya telah melakukannya, mestilah memohon maaf dan redha daripada mangsa ketika di dunia lagi. Biarlah bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diistiharkan muflis di akhirat.


Seseorang yang bankrap di dunia, mereka masih ada kawan-kawan atau sanak saudara yang boleh memberi modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi apabila Allah yang telah mengisytiharkan muflis di akhirat, ke manakah lagi hala tuju kita, melainkan neraka..

  • Dosa memaki hamun, terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang dimakinya.
  • Memukul dan melukakan orang, Islam memberi hak qisas (balas balik) kepada yang menjadi mangsa.
  • Fitnah, memohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut.
  • Dosa memakan harta orang, dia mestilah memulangkan balik nilai harta tersebut atau mendapatkan redha mangsa.

Mampukah kita lakukan semua itu? Jika tidak, jangan buat dosa!

Khamis, 15 Julai 2010

CINTA

ANTARA DUA CINTA

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecapi
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Itu adalah hasil nukilan Tuan Pahrol Mohd Juoi. Thank you Tuan. Lately ni apabila saya blog walking, banyak isu berkisar CINTA.

Ada yang baru menemui cinta baru, sedang di lamun cinta, baru mendapat cahaya mata hasil daripada benih cinta, mencari cinta yang tulus, terpedaya kerana cinta, di belasah kerana cinta, menjadi pembunuh kerana cinta dan ada yang terpisah kerana cinta.

Walau apa jua status cinta anda, biarlah ianya hanya kerana Allah SWT. Kepada yang telah jauh tersasar dari landasan cinta yang sepatutnya..rebutlah peluang bertaubat selagi pintu taubat masih Allah buka untuk kita. Kepada yang tengah frust dalam percintaan..bersabar dan kuatkan semangat anda. Ada hikmat di sebalik perpisahan ini..cari dan tentu ada jawapannya. Life must goes on. 

Selasa, 13 Julai 2010

CINTA FATAMORGANA


Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Memang benar dan inilah yang terjadi dalam hidupku. Sudahku jadualkan rutin hobiku untuk menulis artikel pada waktu malam. Namun 3 hari lepas, CPU pula down. So dalam kepala dah set next alternatif untuk menulis pada waktu lunch time. But, ehm..ader lak kerja yang perlu dibereskan semasa lunch time. Dah ler tak nak komplen lagi. Just let it go. This artikel saya rasa memang patut saya share dengan semua.

Inilah hakikat dunia. Yang halalnya dihisab, yang haramnya diazab. Segalanya bagaikan fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa. Kemanisannya… sebentar cuma.

Bagaikan semalam keremajaan ku yang telah berlalu. Bagaikan sedetik keindahan yang diburu dulu. Ya Allah, kurniakan kami hati yang mudah dibawa kepada MU. Jangan bebankan kami lagi dengan ujian keindahan-keindahan fatamorgana yang telapun menipu kami berulang-ulang kali.

Ya Allah kami menyerah pasrah. Jangan dibiarkan pengawasan dan pemantauan diri ini kepada diri kami sendiri. Jangan, jangan walaupun sekelip mata wahai yang Maha Pengasih. Mungkin tulisan ini akan lebih lama bertahan daripada penulisnya. Entah yang dibaca lebih lama berkekalan daripada pembacanya.

Namun, detik yang ada ini aku ingin berkongsi rasa. Rasa yang datang daripada melihat dan mendengar… Janganlah hendaknya kita MEMBURU CINTA FATAMORGANA..





Kecuali mati dan tua, itu sahaja yang tidak boleh dielakkan oleh manusia. Keduanya pasti datang dalam hidup kita. Semua manusia pasti mati. Tetapi tidak semua manusia berkesempatan mencecah usia tua. Jika dilihat kepada jumlah keseluruhan manusia di dunia, ramai yang muda daripada yang tua. Itu petanda apa? Ya, ramai yang tidak sempat tua, masih muda tetapi sudah mati. Jadi kalau kita sempat tua, bersyukurlah, Allah telah mengurniakan kita nikmat yang jarang diberikan kepada manusia lain.

Walaupun tua, kita tetap punya hati. Dan selagi kita punya hati, selagi itulah ada cinta. Dalam satu hati tidak boleh ada dua cinta, setua mana pun kita pasti ada satu cinta yang bersemi dan mendominasi di dalam hati. Apakah cinta yang seharusnya ada di dalam hati wanita atau lelaki tua? Tentulah cinta Allah. Sebab semakin tua ertinya semakin dekat perjalanan kita menuju Allah. Kematian itu ertinya pulang menemui Allah. Dan itu juga pulang menemui cintanya yang sejati dan abadi.

Justeru, apabila usia telah tua, semua nikmat yang bersifat lahiriah dan fizikal mula dicabut sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. Nikmat makan, nikmat sihat, nikmat tidur, nikmat melakukan hubungan seks dan lain-lain lagi menjadi semakin menurun. Walaupun cuba dipertahankan dengan ubat, makanan tambahan, rawatan, senaman dan usaha-usaha yang lain, tua tidak dapat dielakkan. Ia hanya dapat diperlahankan. Ini sunnatullah yang tidak dapat diubah-ubah.

Mengapa Allah takdirkan begitu? Tentu ada hikmahnya. Segala kemanisan dan kelazatan dunia mula dicabut perlahan-lahan menjelang usia tua agar manusia beransur-ansur beralih kepada kelazatan rohaniah pada episod-episod terakhirnya dalam hidup. Seolah-olah manusia ‘dipaksa’ menumpukan fokus hatinya untuk mencintai Allah. Semua ‘kesayangan’ kita sudah diambil, maka usah berpaling lagi daripada Allah. Rebut dan nikmati cinta-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Apabila kelazatan dunia semakin hambar dan tawar, itu petanda detik berpindah ke akhirat sudah dekat. Sediakan bekalan dengan cepat!

Inilah sudut pandang yang patut ada di dalam setiap hati orang tua. Kita segala-galanya menjauh, datanglah mendekat kepada Allah. Kau tidak ada apa-apa lagi, kuatkan pecutan hati mu menuju Ilahi. Jangan dilalaikan lagi oleh cinta-cinta yang lain. 




Namun malang sekali kalau di usia senja masih memburu cinta fatamorgana. Ada yang kembali memburu cinta yang tidak sampai pada usia mudanya dahulu. Sudah beranak, telah bercucu, tetapi hatinya si datuk dan si nenek ini kembali mengimbau nostalgia cinta hampa pada zaman remaja. Dulu kononnya terpisah kerana berbeza darjat, disekat oleh orang tua, berpindah tempat dan sebagainya… lalu masing-masing bertemu dengan jodoh masing-masing. Bercinta, berkahwin, beranak dan bercucu.

Tiba-tiba kekasih lama muncul semula. Mungkin menerusi pertemuan yang tidak disangka dan dijangka. Atau setelah bersungguh-sungguh ‘search’ lewat laman sosial Face Book, Twitter dan sebagainya. Dan cinta berbunga kembali. Uban di kepala si datuk dilihat bagaikan mahkota oleh si nenek. Kedutan wajah si nenek dilihat manis dan memikat oleh si datuk. Lalu berlakulah antara mereka hubungan cinta terlarang. Keduanya jadi mabuk cinta dan ada yang terjerumus ke lembah cinta yang curang dan haram.

Cucu-cucu tidak dihiraukan lagi. Anak-anak terpinggir. Ini semua gara-gara memburu cinta fatamorgana pada usia senja. Nostalgia lama diputar kembali untuk membuahkan realiti masa kini yang penuh cinta. Nenek dan datuk jadi asyik maksyuk. Ah, malu sekali bila mereka mengambil kesempatan ‘berdating’ sewaktu sama-sama menghantar cucu di sekolah atau berbalas-balas pesanan ringkas (sms) secara maraton di tengah malam atau menjelang dinihari.

Sungguh bijak syaitan menipu. Angkara dan strateginya tidak pernah berhenti. Sentiasa kaya dengan inovasi dan kreativiti. Hanya bermodalkan cinta yang ‘dikitar semula’ dia masih memburu untuk menyesatkan manusia. Mata si datuk yang seharusnya sudah merasakan kesejukan wuduk dan ketenangan solat, sudah dilekakan untuk mengerling si nenek kekasih lamanya. Masa untuk menatap al Quran semakin luput apabila asyik berpaut di skrin telefon bimbit untuk membaca ‘ayat-ayat’ cinta yang masih berbisa.

Ini bukan cerita yang diada-adakan. Tetapi cerita yang benar-benar berlaku bahana cinta sumbang pada usia senja. Cucu-cu jadi resah. Anak-anak menggelengkan kepala. Namun, nenek atau datuk ini, tidak menyedarinya atau telah sedar, tetapi kerana cinta semuanya tidak dipedulikan lagi. Memang cinta itu buta… bukan sahaja pada remaja yang matanya masih terang, tetapi juga untuk si tua yang matanya hampir buta!

Dunia menipu. Cinta memperdaya. Apa yang dilihat indah hanyalah umpama fatamorgana. Panas yang membahang disangka air. Lalu kita berebut-rebut mengejarnya. Nampak indah dari jauh, tetapi bila didekati kosong makna, kontang rasa. Begitulah cinta terlarang pada usia senja. 


Pada yang mendapatnya (tentu sahaja terpaksa membeli dengan harga yang mahal – yakni dengan meninggalkan isteri, anak-anak dan cucu-cucu), terasa sia-sia. Ah, pesona cinta tetap sama. Jika diburu berdasarkan nafsu percayalah… selagi belum dapat memang indah, tetapi bila sudah dapat, segala-galanya akan pudar. Apa yang diburu akan menjemukan bila sudah dalam genggaman.

Bila terjadi demikian hendak berpatah balik? Ah, air tempayan sudah dicurahkan tetapi guruh yang kedengaran berdentam-dentum sebelumnya, tidak langsung menurunkan hujan seperti yang dijangkakan. Pada waktu itulah jiwa yang lara akan menyebabkan diri menjadi lebih tua daripada sebelumnya. Kaki yang menggeletar yang tidak dirasakan dulu (semasa dilamun cinta) jadi tambah kronik. Langkah jadi capik. Semuanya menjadi kendur dan luntur semula. Paras cinta menurun, paras gula dan kolesterol yang sedia ada pula naik memuncak.

Pada yang muda jangan tersenyum. Ini bukan cerita mereka yang telah tua sahaja tetapi juga untuk anda yang muda. Ingat, kebaikan yang mampu kita lakukan pada usia tua hanyalah momentum yang dibina sejak usia muda. Dan begitulah dengan kejahatan. Siapa yang rajin beramal ibadah sewaktu muda, kerap-kali akan mewarisi tabiat yang baik itu apabila telah tua. Jadi rajinlah dan istiqamahlah dengan membuat kebaikan, mengerjakan solat, membaca al Quran sekarang, agar hati itu terisi… bukan sahaja kini tetapi nanti. Jangan ‘disantau’ oleh cinta fatamorgana pada usia tua.

Bagi remaja yang asyik memburu cinta terlarang sekarang ini, beringat-ingatlah. Jangan kita terpaksa memburu cinta palsu hingga ke akhir hayat. Kita akan diletihkan, ditipu dan dihancurkan oleh cinta itu berkali-kali. Usia muda terbuang, usia tua tersia-sia. Jangan begitu, orang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang sama dua kali. Jika anda terus dibuai cinta palsu dan konon ‘bahagia’ dengan itu, insya-Allah anda akan disengat bisa cinta fatamorgana dua kali. Syaitan akan menggunakan senjata yang sama untuk memperdayakan kita kerana di situlah kelemahan yang kita suburkan sejak pada usia remaja lagi. Manusia tidak akan lebih memburu cinta. Itu hakikatnya. Alangkah malangnya jika yang diburu tanpa jemu itu hanya kebatilan?

Jika ditanya, mengapa ada cinta yang sehodoh dan sebodoh ini? Jawabnya mudah, cinta itu mengikut keadaan hati seseorang. Lebah akan menyeri sari pati bunga. Lalat akan menghurung bangkai. Jika hati itu terisi dengan cinta Allah, ia akan mencari dan memburu kebaikan. Tetapi jika hati itu terbiar kosong atau terisi oleh kebatilan, maka ia akan memburu kejahatan.

‘Retua’ yang memburu cinta terlarang adalah mereka yang kosong jiwanya. Di dalam hatinya belum ada kemanisan iman. Lalu ia mencari dan terus mencari. Allah tidak mengumpulkan dua cinta dalam satu hati. Akhirnya kekosongan itu diisi oleh cinta palsu. Bila makanan yang lazat tidak lagi memberangsangkan, bila tidur sudah diganggu insomnia, bila rangsangan naluri seksual tidak bergetar lagi, hati yang kosong akan bertambah kosong. Sunyi, sepi, sayup-sayup ada suara yang berdetak di hati, “ah, rumah kata pergi, kubur kata mari…”

Ah, tidak sudi dia ke sana. Takut dan benci mati. Lalu dalam keadaan terpinga-pinga syaitan membisikkan cinta lama. Ke sana kau, burulah kebahagiaan itu selagi usia masih ada! Lalu dengan mata yang kabur, uban yang bertabur dan tenaga yang sudah mengendur itulah si tua terus memburu cinta dengan keinginan yang membara dan menyala-nyala. Tanpa disedari yang diburunya itu hanyalah tipuan syaitan pada minit-minit terakhir dalam hidupnya!

Bila usia telah tua… ertinya Allah telah memanggil. Bersedialah untuk pergi. Pergi bukan untuk berpisah tetapi untuk bertemu-Nya. Di sana ada cinta yang lebih bahagia dan lebih sempurna. Jangan terkesima lagi dengan cinta fatamorgana!

Hasil tulisan Tuan Pahrol Mohd Juoi.



Saya suka baca artikel hasil tulisannya sebab terkesan dihati. Koleksi panduan dalam menghadapi kehidupan ini yang masih jauh lagi perjalanannya.

Jumaat, 9 Julai 2010

KU PENCINTA MINYAK WANGI...

Minyak wangi mahupun perfume..ehm siapa yang tidak suka dengan benda ni. Semua orang suka dengan haruman dan bauan yang wangi. Hendak pula minyak wangi yang ditambah dengan pati aromaterapi. Bukan sahaja kita bau wangi malahan ianya mampu memberi ketenangan ke atas minda dan semangat kita.

Sedikit info tentang apa itu aromaterapi. Istilah aromaterapi sebenarnya terdiri daripada dua perkataan yang membawa maksud yang amat besar.

Perkataan Aroma adalah membawa maksud Bauan atau haruman, manakala Terapi adalah membawa maksud rawatan. Aromaterapi merupakan perawatan menggunakan bauan atau haruman semulajadi. Aromaterapi itu sendiri adalah terapi yang menggunakan pati minyak bunga-bungaan dan tumbuhan untuk membantu memperbaiki kesihatan, membangkitkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenangkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan.

Disebabkan minat, saya just join this group. Harga pun takderlah mahal sangat. Lagipun this thing memang satu keperluan kepada saya. Alang-alang nak pakai, why not di jadikan site income. Sesiapa berminat untuk mendapatkan produk imtiyaaz aroma boleh sms saya. Saya akan uruskan penghantaran. Kos penghantaran W/M: RM6 dan E/M:RM10.

Harga Produk W/M: RM25/kotak dan E/M: RM29/kotak.

Kos penghantaran ke negara-negara berikut ialah:-
a) Brunei dan Singapura – RM50
b) Thailand dan Indonesia – RM70

Perfume ini boleh dijadikan hadiah untuk keluarga, rakan-rakan, saudara-mara, bos, dan sesiapa sahaja yang kita inginkan.



Minyak wangi (imtiyaaz aroma) mempunyai 3 set dengan wangian berbeza setiap botol.
Wangian Imtiyaaz Aroma diproses dengan menggunakan ayat-ayat Ruqyah (doa-doa ayat suci al-quran)

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Riwayat Muslim)
Haruman ADAM
Ibn Sina (by Desire Red)
Ibn Khaldun (by Energize)
Ibn Rusyd (by Starwalker)
Ibn Taimiyyah (by Contradiction)
Haruman HAWA
Balqis (by Miracle)
Sumaiyah (by P. Hilton)
Adawiyah (by YSL)
Asiah (by Still)
Haruman YUSUF & ZULAIKHA
Ar-Razi (by Cool Water)
Al-Ghazali (by Desire Blue)
Mashitah (by Escape)
Maryam (by Tommy Girl)
Keistimewaan produk ini adalah:
Pati Minyak Wangi Tanpa
Campuran Alkohol
————————————
Sesuai Digunakan
Semasa Solat
————————————
4 Jenis Wangi Botol
Bersaiz 4ml Berlainan
Dalam Setiap Kotak
————————————
Penggunaan Botol ‘Roll On’
Yang Mudah Dibawa
————————————
Wangian Tahan
Sepanjang Hari
————————————
Bauan Yang Hebat Tanpa
Berbelanja Ratusan Ringgit
————————————
Dengan Khasiat Aromaterapi
Firman ALLAH S.W.T “ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya.”
Surah Baqarah : 286

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “Barang siapa bekerja untuk anak dan isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka Pahala seperti orang yang berjihad
di jalan ALLAH”
Riwayat Al-Bukhari
Adam, Hawa, Yusuf & Zulaikha, 4 nama agung dalam sejarah Islam. Nama-nama ini diambil sebagai nama untuk Set Minyak Wangi terbaru keluaran Imtiyaaz Aroma Resources Sdn. Bhd. Minyak wangi ini terbahagi kepada 3 set iaitu Set ADAM utk lelaki, Set HAWA untuk wanita dan Set YUSUF & ZULAIKHA adalah campuran untuk lelaki dan wanita.

Setiap set mengandungi 4 botol ‘Roll On’ bersaiz 4ml dan setiap satunya mengandungi haruman yang berbeza dan yang terpilih dan semua bauan ini merupakan inspirasi dari bauan antarabangsa tetapi diberi nafas baru dengan nama-nama tokoh dalam Islam seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyah, Ar-Razi, Al-Ghazali. Bagi wanita pula nama-nama yang terpilih ialah Balqis, Sumaiyah, Adawiyah, Asiah, Mashitah, dan Maryam. Pemilihan nama-nama ini adalah berdasarkan sumbangan mereka dalam tamadun dan sejarah Islam dan hasrat kami adalah untuk memberi peringatan kepada generasi baru tentang perjuangan mereka kepada Islam supaya tidak dilupai dan juga sebagai sumber inspirasi kepada umat islam dan juga si pemakainya.

Minyak wangi ini juga adalah bebas dari segala unsur binatang, tidak melekit dan tidak berminyak apabila dipakai, tanpa alkohol dan boleh digunakan semasa bersolat. Bauannya tahan 8-10 jam jika dipakai di badan dan tahan sepanjang hari jika dipakai pada baju. I just use it, and i really love it. Bukan hendak promote tapi ini kisah benar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...