PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin tidak menganggap kontroversi yang berlaku terhadapnya sejak kebelakangan ini sebagai batu penghalang untuk dia meneruskan karier dalam industri seni.

Malah, pelakon yang sedang popular menerusi drama Putera Katak ini semakin rancak mengatur tawaran lakonan yang bagaikan ‘pisang goreng panas’.

Sekarang ini, dia sedang berlakon filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan bakal memasuki penggambaran telefilem Ribel untuk RTM serta beberapa buah drama rantaian untuk Astro.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini walaupun selama ini banyak kontroversi yang telah saya lalui,” katanya.

Terbaru, dia dihambat kontroversi apabila syarikat pengurusannya Aquila Emas Sdn Bhd meminta bayaran RM40,000 sebagai cara bagi mengelak Zizan terlibat dalam pementasan teater Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya dari 21 hingga 30 Januari tahun hadapan.

Menurut Zizan, selepas kontroversi yang melanda, Zizan tidak pernah memikirkan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya akur dengan apa yang berlaku dan menerima dengan hati terbuka.

“Saya mahu meletakkan titik noktah tentang isu RM40,000 ini dan lebih memikirkan tentang perancangan saya pada tahun 2011 supaya kerjaya dan lakonan saya bertambah mantap.

“Imej kami mungkin tercalar tetapi biarlah orang nak kata apa,” ujarnya yang tidak pernah lokek dengan senyuman.

Cuba meredakan keadaan dan mahu meleraikan kekusutan yang berlaku, Zizan dengan merendah diri tetap mengingati dan mengucapkan terima kasih kepada penerbit teater itu, Siti Rohayah Atan dan pengarah, Rosminah Tahir.

Di sebalik insiden yang berlaku, Zizan turut bersyukur kerana ramai peminat yang seolah-olah memahami keadaan yang berlaku dan tidak terus-menerus menghukumnya.

Dia akui kebanyakan peminat di laman sosial Facebook dan Twitter lebih banyak bertanyakan tentang perkembangan kariernya berbanding kontroversi yang berlaku.

SUMBER : MSTAR

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Ish..mana minat cuma ambil iktibar di atas setiap perkara yang terjadi pada orang sekeliling. Agar kita tidak buat kesilapan yang sama. Seperti artikel di atas, satu pengajaran yg kita belajar ialah jika kita di pihak yang benar, biarlah apa orang nak kata. Awak minat Zizan ker?..

    BalasPadam
  2. oo..igtkn minat zizan. skype xdpt nk tngkp pengajaran drp story tu. igtkn just brita je. lgpn klu psl artis nie skype tak blh nk mention sgt..

    minat? huhu..xdela..xminat pun.. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama