SEJAUH mana budaya berpasangan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin boleh disesuaikan dengan ajaran Islam atau ia memang diharamkan terus?

TIDAK dapat dinafikan perasaan kasih, cinta dan sayang ada dalam diri manusia.

Ia diterima sebagai perkara normal dalam kehidupan seharian.

Kita boleh mengambil panduan daripada kisah antara Nabi Yusuf dan Zulaikha.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)... (Surah Yusuf ayat 24).

Nabi Yusuf berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa garis panduan dalam menjaga tata susila terutama hubungan antara lelaki dan perempuan. Antaranya: 

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas 
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram 
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian 
(4) menjaga pandangan mata dan 
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Jika dalam keadaan demikian maka berpasangan dan percintaan dibenarkan. Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam.

Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih).

Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak, jiran, bangsa dan negara.

Cinta kepada Allah adalah cinta hamba kepada Penciptanya manakala cinta kepada Rasul akan membimbing manusia kepada Allah dan agama-Nya.

Walau bagaimanapun, budaya bercinta tanpa panduan agama dan hanya meniru budaya dan cara hidup orang Barat yang bebas dilarang kerana akan membawa kerosakan moral dan akhlak individu dan masyarakat.

SUMBER : FIKRAH DR.SALAM

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. salam...percaya atu tidak, saya sgt konservatif dalam bab-bab coupling ni. umur sudah hampir 30 tapi coupling memang tak pernah. pernah ada boyfriend, tapi perkataan dating mmg tiada dalam kamus kerana jarang berjumpa kerana kerja. break up pun sebab nak mempertahankan maruah sebagai wanita muslim.

    mungkin sebab tu sampai kini masih single. :)

    harap-harap apa yang kita pertahankan ini mendapat lindungan Illahi...amin...

    BalasPadam
  2. hm..tu la yg jadi skrg..masalah sosial. sbb diorg rasa tak bergaul lelaki perempuan dgn havoc adalah sangat kuno..cara hidup barat dah meresap masuk ke cara hidup kita dengan jayanya. sedih2..

    Jejaka Terhangat: Antara Gadis A Dan Gadis B, Mana Satukah Anda?

    BalasPadam
  3. Gadis Bunga : Good for you. Susah hendak mendapat wanita seperti kamu. Mempertahankan maruah demi agama. Insyaallah, ada jodoh yg terbaik yg telah di tentukan oleh Allahswt buat kamu. Sabar.

    Jejaka Terhangat : Bila pegangan agama semakin terputus, semakin jauh ditinggalkan..tunggu jer bala yang akan Allahswt kenakan di sebabkan perbuatan manusia sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama